Budi tak berbalas. Sori orang kampung!

Empat hari saya balik kampung, selepas KUIS ishtihar tutup sehingga 10 Ogos, saya pun ambil peluang untuk berehat di kampung. Disana udaranya lebih segar, tak seperti di Selangor dan KL. Tidak ada jerebu langsung. Dah agak lama saya tak menjenguk kampung halaman, tambahan pula orang tua saya selalu datang ke KL.

Apa yang menarik di kampung sekarang ni ialah buah-buahan, emmm…tak terlarat nak makan. Paling kiri ada duku, dokong dan segala jenisnya, paling kanan ada rambutan dan segala spesisnya, depan ada durian, rambai dan segala macam lagi. Satu jenis buah yang agak pelik ialah buah ‘ngeke’. Itu bahasa Kelantan la, kalau sebelah pantai barat orang panggil apa saya tak tahu, saya tak biasa tengok sebelah sini. Buah tu satu masa dulu susah nak dapat tapi sekarang ni banyak, melimpah ruah pulak nikmatnya.

Semasa di kampung saya sempat la ronda-ronda tengok, masyaallah orang kampung terus menerus melimpah ruah rezekinya. Baik yang bekerja makan gaji atau kerja sendiri. Rezekinya baik sekali. Rumah yang dibina cantik-cantik belaka. kalau di KL ni orang yang bergelar jutawan boleh duduk rumah besar, tapi di kampung orang biasa-biasa saja.

Rumah pulak masyaallah penuh hiasan aneka warna, memang sejuk mata memandang, hasil jual buah, jual getah, jual sawit, meniaga dan macam-macam pulak sumbernya. Alhamdulillah jurang kemiskinan making berkurangan benar nampaknya.

Cakap pasal kerea pulak masyaallah, orang kampung tak ketinggalan langsung untuk pakai kereta. Mungkin taklah mereka pakai BM, Mers, tapi kira ok la ada kenderaan dan boleh sampai KL. Kalau sedikit masa dulu orang KL je yang ada 3-4 buah kereta sebuah rumah. Tapi sekarang ni rata- rata orang kampung pun sama. Jumpa kita pun mereka tak tanya dah kereta apa? Yang mereka tanya ialah mengapa tak tukar kereta lagi? Dengar soalan pun saya dah gerun. Ialah orang macam saya ni nak cari duit kat mana nak tukar-tukar kereta. Lagi pun kereta saya tu dah ok, kata saya yang mungkin tak mampu.

Bila saya fikir-fikir balik, memang terlalu selesa hidup di kampung. Nikmat banyak yang Allah berikan, banyak aktiviti mendatangkan pendapatan, lembu, ayam, itik, ikan keli semuanya senang saja untuk menghasilkan pendapatan.

Ditengah-tengah keselesaan itu saya pun pergi ke masjid, apa yang saya dapati di masjid amat tidak mengembirakan. Ini kerana penggunjung masjid amat merosot sekali. Pakcik2 tua saja yang solat berjemaah, bilangan mereka pula sedikit saja. Ada satu masjid cukup cantik, kos membinanya pula ntah berapa juta, tapi yang mengimarahkannya tak sampai satu saf.

Mutu kuliah juga amat rendah, masih dalam subjek lama, subjek masa saya budak-budak dulu lagi. Tak habis-habis tentang ambik air sembahyang dan batal solat, yang hadir pula ialah pakcik2 yang masa saya kecil dulu mereka dah ada.

Saya berjalan-jalan juga mengelilingi beberapa pekan berhampiran dan saya dapati keadaannya juga sama. Anak2 muda ramai juga tapi tak mendampingi masjid dan surau. Mereka lebih suka menjadi ahli kelab mat rempit. Di tengah-tengah nilmat Allah yang melimpah-ruah, ditengah keselesaan yang diberi, pendapatan yang baik, rumah yang selesa, tanaman, buahan, ternakan, kenderaan yang baik, saya tengok ada kelalaian.

Orang-orang kampung jauh lebih ketinggalan dari orang bandar dari sudut ilmu. Kualiti ilmu di bandar nampaknya lebih baik, yalah disinilah berkumpulnya cerdik pandai, kajian ilmiah dan segala macam pusat pengajian. Yang saya nampak, wallahua’alam, pengamalan agama di kampung hanya adat kebiasaan sahaja, kefahaman Islam yang sebenar amat kurang sekali, pengamalan agama hanya sekadar kenduri, tahlil dan baca Yasin, keadaan ini amat menyedihkan saya.

Saya terfikir2 apa yang harus dilakukan? Soalan ini terus menerus berlegar di pemikiran saya sampailah saya kembali ke KL. hati kecil saya berkata banyak sudah budi yang Allah taburkan kapada manusia tapi ianya tidak berbalas. Sori orang kampung…

Pandangan anda dihargai