Kesederhanaan Dalam Islam (6)

Bab 1
Semenjak dahulu lagi saya telah menerangkan tentang makna
wasathiyah (kesederhanaan). Antaranya saya telah terangkan dalam
buku saya bertajuk al-Khosois al-‘Ammah li al-Islam. Dalam buku itu,
saya menerangkan makna wasathiyah sebagai salah satu sifat yang
yang paling jelas dalam Islam. Wasathiyah juga sama maksudnya
dengan sifat ‘al-Tawazun’ atau seimbang dan sifat ‘I’tidal’
(pertengahan).

Ketiga-tiga perkataan ini bermaksud pertengahan iaitu
berada di antara dua pihak atau keadaan yang bercanggah atau
bertentangan, tidak condong kepada salah satunya. Tidak dikuasai
oleh satu pihak lalu disingkirkan pihak yang berlawanan
dengannya. Tidak pula mengambil dari satu pihak secara
berlebihan lalu meminggirkan pihak yang bertentangan
dengannya. Antara perkara yang saling bertentangan ini ialah:-

 Ketuhanan dan kemanusiaan
 Kerohanian dan kebendaan
 Ukhrawi dan Duniawi
 Wahyu dan akal
 Peninggalan silam dan masa hadapan
 Individu dan masyarakat
 Realiti dan keunggulan
 Tsabat (tetap) dan berubah

Kesederhanaan yang dimaksudkan antara dua perkara yang
bertentangan ini ialah memberi hak kepada setiap pihak dengan
sebenar-benarnya, penuh adil dan secukupnya. Inilah yang
dimaksudkan dengan ‘al Qisth’ (adil). Firman Allah:

“Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat dan
timbanglah dengan neraca yang benar. Itulah yang lebih utama
(bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

Pandangan anda dihargai

Buku Kesederhanaan Dalam Islam (6)

Muqaddimah Cetakan Pertama
Segala puji-pujian ditujukan kepada Allah Taala. Selawat dan
salam pula buat utusannya yang terakhir, Nabi Muhammad s.a.w
yang telah diutuskan sebagai rahmat untuk sekelian alam sebagai
satu nikmat kepada orang-orang yang beriman. Firman Allah:
(Kedudukan) mereka itu bertingkat-tingkat di sisi Allah, dan
Allah Maha melihat apa yang mereka kerjakan.
[Surah Ali Imran : 163]
Antara nikmat Allah yang tidak terhingga ialah apabila
Allah menunjukkan kepada saya jalan kesederhanaan. Semenjak
dahulu lagi saya berada dalam manhaj wasathiyah (metod
sederhana). Aliran ini begitu serasi dengan fitrah dan pemikiran
saya.
Fahaman sederhana amat bersesuaian dengan kefahaman
Islam yang saya ambil dari sumbernya yang asli. Kesederhanaan
juga bersesuaian dengan pemikiran semasa dan keperluan umat
Islam masa kini.
Malahan mereka dapat realisaikan dalam kehidupan
mereka yang sentiasa berhubung dengan umat-umat lain serta
dalam situasi dunia yang luas ini telah bertukar seolah-olah
menjadi seperti sebuah perkampungan yang kecil.

Pandangan anda dihargai

Kesederhanaan Dalam Islam (5)

Antara pertolongan Allah juga ialah apabila menjadikan
aliran sederhana ini menerajui umat Islam dan menjadi
pendorong utama mereka, walaupun suatu masa dahulu golongan
ini pernah dilihat dengan penuh syak wasangka.
Risalah kecil ini saya nukilkan untuk menerangkan dengan
jelas erti kesederhanaan. Mudah-mudahan segala penerangan ini
mampu mengelakkan pihak yang berbagai-bagai aliran untuk
mendakwa diri mereka sebagai mewakili aliran sederhana secara
melulu. al-Markaz al-‘Alami li al-Wasathiyah yang beribu pejabat di
Kuwait telah bermurah hati untuk menerbitkan cetakan pertama
risalah kecil ini.
Untuk terbitan kali ini, Dar al-Shourouq pula yang
menerbitkannya. Semua itu adalah bertujuan untuk dimanfaatkan
oleh umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Segala puji bagi Allah
yang menyempurnakan setiap amal soleh.

Yang Mengharapkan Pengampunan Tuhannya.
Dr. Yusuf al-Qaradawi

Pandangan anda dihargai

Kesederhanaan Dalam Islam (4)

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda:

‫ﻫﻠﻚ اﳌﺘﻨﻄﻌﻮن‬

Maksudnya: “Binasalah orang-orang yang memayahkan urusan agama (Baginda bersabda tiga kali)”.

Satu perkara lagi yang membawa kesan yang sama ialah alInhilal. al-Inhilal bermaksud melampaui batasan sehingga tidak terikat dengan arahan agama dan larangannya, mengabaikan kewajipan yang telah ditentukan oleh syarak dan menghalalkan pengharamannya, melanggar batas- batas yang telah ditetapkan secara jelas oleh Allah Taala itulah yang dipanggil Inhilal atau dalam istilah lain dalam bahasa Arab ialah al-Tasayub.

Ketahuilah bahawa kebaikan seluruhnya terletak pada kesederhanaan. Menjauhkan perbuatan yang menyusahkan dalam urusan beragama atau mengabaikan tuntutannya. Hakikat inilah
yang menjadi intipati seruan al-Quran dan al-Sunnah serta para ulama Islam yang muktabar.
Jalan kesederhanaan inilah satu-satunya tali penyelamat yang mampu menolong umat Islam keluar dari kepelbagaian permasalahan yang sedang dihadapi mereka. Antara pertolongan
Allah terhadap kita ialah Allah telah menjadikan kita berada di atas landasan kesederhanaan dan komited dengannya.
bersambung…

Harga:14.60
Untuk pembelian hubungi
benmokhtar2@gmail.com
Tel:0192773619
promosi -(penghantaran dalam Malaysia percuma!!)

Kesederhanaan Dalam Islam (3)

Muqadimah Cetakan Kedua

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas penghulu, ikutan
dan kekasih kita, utusan Allah Nabi Muhammad serta keluarga,
sahabat dan pengikutnya.
Antara punca keruntuhan sesuatu umat ialah apabila
mereka memiliki salah satu daripada dua sifat ini.
1- Al-Ghuluw
2- Al-Inhilal
Kalimah al-Ghuluw ini bermaksud berlebihan atau menyusahkan
perkara ibadat sehingga membawa kepada kesulitan. Caranya ialah
dengan meluaskan ruang lingkup kewajipan atau pengharaman ke
atas mukallaf, menolak keringanan yang diberikan oleh Allah
Taala. sebagaimana dalam salah satu sabda Rasulullah s.a.w yang
berbunyi:
إياكم والغلو في الدين فإنما هلك من كان قبلكم بالغلو في الدين
Maksudnya: “Jangan sekali-kali kamu memayah-mayahkan
agama, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah binasa
kerana memayah-mayahkan urusan agama mereka.”

bersambung..

Pandangan anda dihargai

Kesederhanaan Dalam Islam (2)

Kata Pengantar
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada junjungan besar nabi Muhammad
s.a.w. para sahabat, keluarga dan seluruh pengikut Baginda.
Saya merakamkan kesyukuran tidak terhingga atas
kekuatan dan peluang yang diberikan oleh Allah Taala sehingga
buku ini berjaya diterbitkan. Biarpun buku ini kecil dari sudut
saiznya tetapi kandungannya sangat penting untuk difahami.
Buku ini adalah intipati dan khulasah kepada pemikiran Dr
Yusuf al Qaradawi. Seterusnya buku ini menjadi asas kepada
pemikiran Wasathiyah yang didokong oleh beliau. Diharapkan
dengan usaha yang sedikit ini, masyarakat Islam dapat
mendalami lebih lanjut pemikiran dan penghayatan Islam yang
sebenar. Akhir sekali saya berdoa kepada Allah agar memberikan
pahala jariah kepada semua pihak yang menyumbang untuk
menerbitkan buku ini.
Amin.
Rosli Mokhtar
Bandar Baru Bangi
April 2011

Pandangan anda dihargai

Kesederhanaan Dalam Islam (1)





Dr Yusuf al Qaradawi menggariskan 30 ciri kesederhanaan, ciri kesederhanaan ini perlu difahami dan dihayati kerana pengamalan islam yang tidak berdasarkan ciri kesederhanaan akan tersasar dari objektif sebenar syariah.

Selain itu Dr Yusuf al Qaradawi juga telah membuktikan sifat kesederhanaan Islam berbanding agama-agama lain. Alhamdulillah terjemahan buku ini telah berjaya diterbitkan dan saya mengharapkan ianya dapat menjadi panduan kepada umat Islam. Amin.

KANDUNGAN


HALAMAN

Kata Pengantar vi

Muqadimah Cetakan Kedua vii

Muqaddimah Cetakan Pertama x

Bab 1

Maksud Kesederhanaan 2

Manusia Tidak Mampu Mencipta Sistem Yang Sederhana 5

Sistem Alam Bersifat Seimbang 6

Kelebihan Kesederhanaan dan Faedahnya 8

Kesederhanaaan dan Risalah Terakhir 9

Sederhana Bermaksud Adil 10

Sederhana Bermaksud Istiqamah 12

Sederhana tanda Kemuliaan 15

Sederhana Bermaksud Aman 16

Sederhana Simbol Kekuatan 16

Sederhana Tonggak Kesatuan 17

BAB 2

Bukti Kesederhanaan Islam 20

Kesederhanaan Islam Dalam Kepercayaan (Akidah) 21

Kesederhanaan Islam Dalam Ibadat dan Syiar Agama 27

Kesederhanaan Islam Dalam Akhlak 29

Kesederhanaan Islam dalam Perundangan 36

Keseimbangan Antara Individu dan Masyarakat 42

Apakah Realiti Semasa Dalam Permasalahan Ini? 47

BAB 3

Hubungan Saya Dengan Konsep Wasathiyah 53

Keperluan Masyarakat Moden Terhadap Kesederhanaan 64

BAB 4

Ciri-ciri Kesederhanaan Islam 71

  1. Kefahaman Islam yang Syumul 71
  2. Al-Quran dan Sunnah Sebagai Rujukan 73
  3. Memperkukuhkan Nilai-nilai Ketuhanan 73
  4. Melaksanakan Kewajipan 75
  5. Nilai-nilai Akhlak 76
  6. Pembaharuan dan Ijtihad 77
  7. Keseimbangan Antara Perkara yang Tetap

Dan Perkara yang Berubah 78

  1. Mendukung Metod ‘Memudahkan’ Dalam Fatwa 80
  2. Mendokong Metod Harmoni Dalam Berdakwah 81
  3. Tadaruj Yang Bijaksana 85
  4. Mengimbangkan Antara Perkara Yang

Bertentangan 86

  1. Perdamaian dan Jihad 86
  2. Kefarduan Membebaskan Bumi Umat Islam 87
  3. Hak Minoriti 89
  4. Menghormati Akal dan Pemikiran 90
  5. Nilai-nilai Kemanusiaan dan Kemasyarakatan 92
  6. Berlaku Adil Terhadap Wanita 93
  7. Memberi Perhatian Terhadap Institusi Keluarga 95
  8. Hak Rakyat untuk Memilih Pemimpin 96
  9. Memperkasakan Ekonomi Umat Islam 97
  10. Kesatuan dan Wala` Terhadap Umat Islam 98
  11. Menerima Kepelbagaian 99
  12. Mengelakkan Budaya Mengkafir dan Menuduh 99

Fasik

  1. Minoriti Islam Seluruh Dunia 101
  2. Mengimarahkan Muka Bumi 102
  3. Tuntutan Pembaharuan dan Perubahan 103
  4. Menyatukan dan Menggembeleng Kekuatan 104
  5. Menyeru Ke arah Fiqh Baru 105
  6. Pencapaian Tamadun Umat Islam 107
  7. Memanfaatkan Khazanah Silam yang Pelbagai 108

BAB 5

Ringkasan Ciri-ciri Kesederhanaan 111

Harga:14.60
Untuk pembelian hubungi
benmokhtar2@gmail.com
Tel:0192773619
promosi -(penghantaran dalam Malaysia percuma!!)
Pandangan anda dihargai

Yusuf al Qaradawi adalah nama yang tidak asing lagi khususnya bagi penganut agama Islam. Dalam pergolakan terkini di negara-negara Arab, beliau telah menyatakan pendirian dengan penuh berani. Akhibat pendirian tersebut, pihak-pihak berkaitan telah bertindakbalas berdasarlan pendirian beliau.

Hisbullah yang merupakan gerakan pembebasan di Selatan Lubnan telah melancarkan serangan media yang bertubi-tubi megecam pandangan al Qaradawi. Ini kerana Hisbullah yang bermazhab Syiah menganggap pendirian al Qaradawi tidak menyokong pandangan mereka. INi berikutan Dr Yusuf al Qaradawi telah menolak tindakan rakyat Bahrain yang melancarkan demostrasi besar-besaran menentang kepimpinan negara itu.

Hujah Dr al Qaradawi ialah tindakan itu sebenarnya disebabkan oleh sentimen mazhab bukannya kerana menuntut hak, kebebasan dan keadilan. Dalam keadaan itu, demosrasi yang dilakukan lebih bersifa perpecahan dan seterusnya tidak seharusnya disokong atau diperjuangkan.

Dalam masa yang sama, Dr Yusuf al Qaradawi telah mengeluarkan kenyataan menyokong kebangkitan secara aman yang dilakukan oleh rakyat Mesir, Tunisia, Yaman dan Syiria. Kenyataan ini disambut media Syiria dengan serangan terhadap Syeikh. Gabungan media Syiria dan Hizbullah (Manar) telah cuba mencari kelemahan Syeikh dan menuduh beliau dikuasai oleh pihak-pihak yang cuba memecahbelahkan kesatuan negara itu.

Bagi Syeikh Dr Yusuf al Qaradawi, kebenaran perlu di ketengahkan dan perjuangan rakya serta tuntutan mereka perlu dipenuhi, adapun bila ditanya tentang serangan keatas peribadi beliau, jawapan yang diberikan ialah dia sudah tua, tidak ada apa lagi yang perlu ditakutkan dan beliau mahu berjumpa Allah dalam keadaan mengatakan kebenaran.

Pandangan anda dihargai