Jom Cari Emas di Pendang!!
Inilah fenomena di Pendang. Ratusan warga kampung bergegas ke kawasan yang dikatakan mempunyai emas. Jika kita lihat dalam gambar diatas macam-macam kita boleh buat keputusan. Ada orang yang kata, beruntunglah mereka dapat RM free. Inilah dia rezki dan rahmat dari Allah untuk orang ….
Saya berpendapat keadaan diatas telah mendedahkan betapa ceramah-ceramah agama, khtbah-khutbah Jumaat dan sekolah sendiri tidak dapat mendidik ramai ahli masyarakat untuk menjadi orang yang lebih cerdik. Ini kerana ahli masyarakat sanggup menggondolkan bukit dan memerah tenaga semata-mata kerana khabar angin yang tidak diketahui dari mana datangnya.
Sudah sampai masanya para cerdik pandai kita, para alim ulamak, para ustaz bila bercakap di depan masyarakat berkerja untuk memandaikan mereka, bukan sekadar memberikan mereka kata-kata yang dihafal atau dikagumi sahaja. Bagi saya, fenomena diatas adalah natijah dari pemikiran yang ketinggalan zaman. Mereka masih belum mengerti apa itu emas, hak perlombangan, undang-undang tanah dll. Paling kurang ambillah sample dan pastikan dulu hakikatnya.
Mereka ingat kalau ada emas kerajaan akan peluk tubuh, Mereka tak tau kerajaan lagi pelahap kalau pasal emas…mereka tak tahu bahawa kerajaan ada pakar dan alat yang amat canggih untuk mengesan dimana emas berada. Kalau ianya ada, sudah lama kawasan itu telah ditenderkan untuk perlombongan dan segala kroni akan berebut-rebut. Tengok saja apa jadi dengan ribuan hektar kawasan emas di Jeli, sapa dapat tanah tu?? heehee…sebahagiannya telah di tukar kepada rupi untuk buat hantaran?? Hehe.
Nasib baiklah saya telah bertekad untuk tidak memenuhkan blog saya dengan maki hamun, kalau tidak, inilah masanya untuk saya melepaskan geram dengan memaki bangsa saya yang saya cintai. Sabar…….
Pandangan anda dihargai

Istilah ‘mat rempit’ kini ditukar ‘samseng jalanan’

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa serta-merta istilah mat rempit ditukar kepada samseng jalanan, kata Ketua Trafik Polis Bukit Aman, Datuk Abd Aziz Yusof. 

Berita Harian 19/05/09


Saya bukan pakar psikologi atau psikatri, tapi setakat yang saya ketahui kedua-dua istilah itu tidak membawa apa-apa kesan kerana keduanya menunjukkan kepada kejahatan. Bahkan istilah samseng lebih keras. Entah mengapa orang kita suka bermain dengan kata-kata dan terlampau mengambil kira istilah. Dalam perkiraan Maqasid, yang penting bukan istilah tapi hakikat sesuatu. 


Sememangnya ajaib

Jangan pakai baju hitam Khamis, kata KPN

Para penyokong parti politik diingatkan supaya tidak menimbulkan suasana tegang dengan berkumpul beramai-ramai serta memakai baju berwarna hitam ketika berlangsungnya persidangan Dewan Undangan Negeri Perak Khamis. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menasihatkan mereka supaya tidak melayan saranan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya memakai baju hitam dan berhimpun sebagai tanda membantah persidangan itu yang dianggap oleh NGO itu sebagai tidak mengikut perlembagaan. 

dipetik dari Agena daily
pandangan anda dihargai