Kalau Saya Berjumpa TG Nik Abd Aziz

Sehari dua ni saya dihujani dengan pertanyaan apakah pendirian saya mengenai isu kenyataan TG Nik Abd Aziz Menteri Besar Kelantan. Di Masjid ada orang megajukan soalan yang sama, dalam kelas pun begitu. Masa borak-borak dengan kawan-kawan pun sama.

Memanglah sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran saya pun berfikir dan menilai, jadi sudah tentu saya pun seperi orang lain ada pandangan masing-masing.Cuma saya tahu pandangan dan pndapat saya tidak lah membawa apa-apa kesan pada polemik yang hebat dibincangan. Saya bukan ada apa-apa pangkat, kedudukan atau pengikut. Yang akan saya coretkan ini hanyalah perkongsian saya dengan kawan-kawan sekadar pengkayaan ilmu dan lontaran idea sahaja.

Sebenarnya kalau boleh saya mahu sangat berjumpa TGNZ. Tapi saya tahu beliau sangat sibuk dan saya pun buknlah orang penting sangat, oleh itu rasanya hasrat saya itu hanya jadi angan-angan sajalah.

Bila sebut pasal jumpa TGNZ teringat saya peristiwa beberapa bulan lepas, masatu ada pameran buku, saya diberitahu TGNZ akan melancarkan buku disana. Saya sampai ke dewan masa dewan kosong. Saya duduk dibarisan hadapan sambil memegang karya terakhir saya ‘Kerajaan Islam Sepanyol’. Saya nak hadiahkan buku tu kepada TGNZ.

Dalam dewan rupanya ramai pula berjumpa kenalan yang sekian lama saya tak ketemui, semasa sedang hebat berborak TGNZ pun tiba , saya terkejut sekali kerana dewan telah penuh sarat dengan orang ramai, mujur saya sampai awal kata saya kepada member sebelah.

Ucpan TGNZ hari tu amat menarik sekali, beliau mengupas tentang iqra’ tapi dengan uslub yang amat menarik sekali, saya kira jarang saya dengar ulasan sedemikian.

Semasa TGNZ berucap persediaan rapi dibuat bagi majlis seterusnya iaitu penyampaian cendramata, terkejut saya melihat hadiah-hadiah yang canggih dan besar-besar. Buku-buku dibalut cantik dan dikenakan dengan brbagai hiasan.

Saya tertawa dngan hadiah yang saya pegang ditangan, sebuah buku, tiada riben, tiada balutan dan seketul begitu saja….eheh malu pulak rasanya. Sebaik sahaja beliau berucap, segala hadiah yang cantik2 di kemukakan dan saya tak sempat langsung untuk mendekati apatahlagi memberi hadiah itu.

Saya tak lah terasa hati dengan situasi itu, cuma saya mentertawakan diri saya yang ketinggalan zaman, ini bukan tahun 80 dimana TGNZ berceramah bawah pokok atau bawah kemah, saya tergelak denga diri saya yang ketinggalan zaman.
bersambung….

Kalau Saya Seorang Samseng
Tengahari tadi, saya sempat membawa anak-anak ke sungai Congkak. Rasanya sudah agak lama saya tak kesana. Sempatlah separuh hari menyejukkan badan bersama anak-anak. Sambil itu sempat juga saya meninjau-ninjau gelgat pengunjung yang lain.
Memang ramai orang pergi berehat kekawasan tersebut, mungkin kegawatan ekonomi menyebabkan orang memilih tempat-tempat free untuk berehat. Lagipun kalau ke kawasan ramai orang luar, masing-masing takut kuman import.
Perhatian saya agak tertarik pada gelagat beberapa orang pemuda, mereka datang berpasangan, duduk di kawasan agak berjauhan dan mandi-manda lelaki perempuan. Mereka cuba menunjukkan suasana amat biasa, tapi melalui gelagat mereka saya yakn mereka bukan suami isteri. Pakaian perempuan pula amat seksi.
Teringat saya, lebih kurang 3 tahun lepas. Masa tu saya sedang makan disebuah restoran di B.B.Bangi. Tiba-iba mata saya terlihat seorang perempuan memakai pakaian amat seksi. Hampir-hampir sama dengan pakaian mandi. Darah saya tersirat, saya tengok wanita tu bersama seorang lelaki. Fikiran saya merewang-rewang. 
Saya bercakap dengan diri sendiri, apalah gunanya kalau saya belajar syariah dan dapat macam-macam sijil, kalau kemungkaran sedemikian tidak boleh ditegur. Saya bangkit dan pergi kearah perempuan tersebut dan bertanya, awak orang bangi? Tanya saya. Perempuan tu senyap. Awak orang Bangi? Tanya saya lagi. Tiga kali saya ulang soalan yang sama, tapi perempuan tu tak mahu jawab. 
Melihatkan temannya diasak oleh saya, kawannya yang duduk terus meluru kearah saya didepan kaunter. Dia tanya, Mengapa?  Saya kata, kalau orang Bangi tak akan pakai macam ni, ini haram, ini haram, saya ulang 3 kali. Mendengarkan kata-kata itu lelaki tu senyap, merendah diri dan berlalu. Baru saya perasan seluruh mata di restoran melihat kearah saya.
Balik kita kepada cerita saya hari ini di Sungai Congkak. Saya hanya memerhatikan gelagat sekumpulan pemuda tersebut. Ada juga sekumpulan keluarga sedang berehat. Dikalangan mereka ada wanita berpurdah. Hati saya tidak tenang melihat pemuda-pemuda bersama wanita seksi.
Saya ingin menegur mereka tapi teragak-agak. Teringat saya kepada kisah Umar al Khattab yang sering tegas melihat kemungkaran. Lihat bagaimana dia mahu membunuh orang yang kencing didalam masjid. Kalu tidak kerana Rasulullah s.a.w yang menghalangnya sudah tentu nasib badwi itu agak buruk. 
Umar al Khatb seorang yang tegas bukan sahaja ketika dia Islam, bahkan sifat tegas telah terbentuk ketika dia masih memerangi Islam. Sebenarnya sifat tegas, berani dan cekal ini bukan dimiliki oleh Umar sahaja, bahkan inilah sifat para sahabat. Adapun nabi s.a.w, sudah tentu kita dapat melihat ketegasan beliau dengan menyampaikan Islam dengan berani. Baginda menasihati dan berterus terang kepada seluruh pembesar Quraish.
Pada pandangan saya kebanyakan masaalah umat Islam hari ini ialah kerana sifat orang Islam itu sendiri dan orang yang paling bertanggungjawab terhadap kelemahan itu ialah orang-orang agama. Ini kerana merekalah yang membawa label dan jenama agama.
Sifat tidak berterus terang, takut mengatakan kebenaran, tak kisah dengan persekitaran, sifat inilah yang telah melemahkan Islam. Walaupun kita banyak berzikir atau banyak ilmu, tapi jika sifat tegas, berani dan berterus terang tidak berakar umbi maka Islam akan tetap terpencil.
Saya amat kesal dengan diri saya yang memilih untuk diam dan senyap hari ini. Mungkin juga kerana telah hanyut dengan susana, ramai yang berkata, kalau kita nak menegur nanti kita diapa-apakan. Memang itukan dah ada dalam sirah nabi. Tapi mereka meneruskan juga. Kalau kita tegur berapa banyak nak larat kita tegur? Ada juga suara begitu kedengaran. Ya kata-kata itu ada kebenarannya. 
Apabila saya melangkahkan kaki mahu meninggalkan tempat perkelahan yang merimaskan itu ternampak pula saya gelagat pengunjung yang membuang sampah merata-rata. Tempat anugerah Allah yang cantik dan penuh damai itu telah dicemari fizikal dan rohaninya. Sekali lagi saya tidak menegur perbuatan mereka. Sekali lagi saya anggap diri saya telah melakukan kesalahan pada mereka, pada negara, pada agama dan pada diri sendiri.
Saya mengkhayalkan diri saya yang berani, menegur setiap kemungkaran, menegur setiap penyelewengan. Tiada bimbang dan tiada rasa resah takut….sambil melangkah balik, saya berkata kepada diri sendiri alangkah berhajatnya Islam kepada penganut yang berjiwa semseng…..alangkah baiknya jika aku seorang samseng……
pandangan anda dihargai

Jika dapat berjumpa Perdana Menteri

Sejarah terus menempa dirinya apabila sekali lagi bilangan perdana menteri Malaysia bertambah. Bilangan ini bertambah bila Datuk Seri Mohd Najib dgn rasminya menyandang jawatan itu. Ketika melihat upacara mengangkat sumpah itu saya sempat juga berkhayal-khayal. Jika berpeluang berjumpa dengan perdana menteri apa agaknya yang akan saya katakan…

Dari situ saya mula menyusun beberapa perkara penting yang perlu di utarakan
1-ingatlah jawatan bukannya penghormatan tetapi tanggungjawab, ramai orang tertipu menyangka mereka mulia, beruntung dan hebat dengan mendapat jawatan harapnya tuan tidak begitu.
Ingatlah pangkat yg diberikan adalah pemberian manusia sahaja, selain ianya tidak kekal ianya juga tidak mempunyai nilai yg tinggi, tambahan pula dizaman ini, pangkat hanya boleh dibeli, sementara nilai sebenarnya tidaklah seberapa.
2-ingatlah rakyat adalah amanah, sebagaimana ibu dan ayah akan ditanya tentang pendidikan anaknya, maka pemimpin akan  ditanya tentang rakyatnya. alangkah beratnya amanah ini. jika diketahui beratnya amanah ini dan persoalannya diakhirat maka ramailah yang akan menarik diri kerana sedar dengan kelemahan diri.
3-Ingatlah, jangan terpedaya dengan pengampu dan pemuja datuk kerana orang itulah yang akan merosakkan kita. Setiap pemimpin akan ada pemuja dan pengampunya, jika  mereka diturui nescaya hancurlah syaksiah diri tuan bertukarlah pahala menjadi dosa.
4-Jangan bermewah-mewah kerana seorang pemimpin amat cepat terpesong dan terlena dengan kemewahan dunia. Wang negara adalah wang rakyat dan bukannya wang pemimpin. Pemimpin hanya pemegang amanah dan pengurus sahaja.
5-Jangan biarkan keluarga mencampuri urusan negara. Sudah ramai pemimpin dunia yang kecundang disebabkan isteri atau anak-anak2. Kedua-dunanya ujian yg besar kalau tidak masakan ianya disebut didalam alquran.
6-Datuk adalah PM kepada semua rakyat malaysia. Datuk memimpin semua rakyat walaupun yang tidak menyokong pati datuk, maka sedarlah bahawa rakyat sentiasa mengharapkan yang terbaik. Setiap negari adalah dibawah Malaysia, maka berikan hak mereka dan janganlah menghukum rakyat semata-mata kerana mereka mengamalkan semangat demokrasi yang dibenarkan oleh undang-undang negara.
7-Jangan berniaga dengan rakayat, maksudnya kerajaan bertugas membantu dan menyediakan keperluan rakyat bukannya mencari peluang untuk mengenakan cukai bagi mendapatkan harta. Negara bukannya seorang taukeh besar yang memiliki modal untuk dihitung berapa persenkah keuntungannya, Modal negara datang dari rakyat maka kepada merekalah dikembalikan keuntungannya.
8-Ingatlah Islam memerlukan pembelaan, janganlah tuan lelapkanmata tuan sebelum berfikir tentang nasib agama ini, jika tuan tidak bertindak segera maka hari-hari terakhirnya dibumi  tercinta ini akan menjadi kenyataan, berapa banyakkah tealah berlaku, bumi islam akhirnya bertukar tangan…
Inilah nampaknya point2 yang sempat saya angan-angankan semasa saya menonton upacara pertabalan. saya tidak pasti apakah saya berani mengutarakan segala point2 ini jika angan-angan saya itu menjadi kenyataan.