Jarang-jarang di Dunia

Post di bawah amat penting bagi orang yang mengikuti tajuk Asas Kefahaman Islam. Mengapa post itu penting? Jawapannya ialah baru saja kita berbincang tentang asas kedua dalam kefahaman Islam. Asas itu ialah quran dan sunnah.

Suatu perkara yang dipaparkan dalam quran dan sunnah ialah, orang Islam amat diseru supaya memperjuangkan kebenaran. Termasuk dalam pecahan memperjuangkan kebenaran ialah memerngi kejatan atau kemungkaran.

Melakukan kedua tuntutan ini bukanlah mudah, ianya amat mencabar sekali. Lebih mencabar lagi apabila kejahatan dan kemungkaran itu berlaku dalam diri kita atau anak pinak kita. Amat perit untuk mengatakan sesuatu kebenaran jika ianya terkena diatas kepala kita sendiri.

Tidak hairanlah jika institusi kepimpinan sering kali membuka pintu penjara bagi orang yang mendedahkan keburukan mana-mana pemimpin. Apa yang kita sering dengar ialah pemimpin memiliki kunci penjara.

Tidak kurangnya juga ialah satu lagi institusi yang amat penting dalam masyarakat. Iaitu institusi ulamak. Ulamak juga adalah manusia biasa, oleh itu tidak semua dari kalangan mereka yang sanggup berhadapan dengan teguran dan asakan. Bezanya ialah, jika pemimpin memiliki kunci penjara maka ulamak katanya memiliki kunci neraka.

Oleh itu tidak hairanlah jika kita jumpa lontaran kata-kata seperti sesat, kafir, fasik dan sebagainya dalam perbalahan yang tidak bersangkut-paut pun dengan dosa dan pahala. Memang kita manusia biasa susah menerima hakikat keburukan jika ianya dari diri kita

Ada juga situasi dimana seseorang individu akan cuba mengubah sesuatu hakikat supaya mengikut kehendak dirinya. Perbuatan kotor ini berlaku dengan berleluasa dalam masyarakat bani Israil. Sewaktu sekumpulan orang datang berjumpa Usamah, sahabat nabi s.a.w untuk meminta syafaat dari Nabi s.a.w. Baginda marah dan bersabda….sekiranya Fatimah yang mencuri akan ku potong tangannya.

Demi prinsip,Raja Petra enggan tutup kes jenayah anak :Malaysiakini    


 May 21, 09 4:43pm

 

Penulis blog terkenal Raja Petra Kamaruddin mendakwa enggan berunding dengan polis untuk menutup jenayah anaknya dalam kes kecurian dan pecah rumah di Shah Alam sejak Mac lalu. 

Lebih baik mempertahankan prinsipnya seperti disuarakan dalam artikel-artikelnya di  Malaysia Today daripada merasuah polis untuk membebaskan Raja Azman, katanya hari ini.

“Saya ingin tegaskan bahawa tidak mungkin ada rundingan. 
“Bagaimana mungkin saya bersetuju menyuap pegawai-pegawai polis untuk membebaskan anak saya selepas bercakap menentang jenayah, rasuah, salah guna kuasa dan penyembunyian tindakan jenayah mereka yang berada di serambi kuasa?” katanya dalam artikel ‘ My most sincere apology to the nation‘.

Sebagai seorang bapa, itulah keputusan paling berat yang saya terpaksa ambil. Ia lebih sukar bagi Marina (Chin Abdullah), ibu yang melahirkannya.
“Kami saling berpegangan tangan dan menatap mata satu sama lain tanpa sepatah kata. Kata-kata tidak diperlukan lagi. Dalam kebisuan itu, hanya hati-hati kami yang berbicara,” coretnya lagi.
Marina dan saya memohon maaf kepada seluruh rakyat atas perbuatan anak kami. Sebagai ibu bapanya, Marina dan saya menerima sepenuhnya tanggungjawab itu.”

# Cuba baca komen Ustaz Anuar di bawah dulu dan baca post ni balik. Anda mungkin memahami sesuatu…



pandangan anda dihargai