• 9 orang Kristian ditahan di UPM
    Wong Pheak Zern | Jul 15, 09 1:37pm
  • Malaysiakini.kemaskini 6.30pm Sembilan penganut Kristian termasuk dua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) ditahan polis semalam berhubung dakwaan cuba menukar agama pelajar universiti tersebut.LAGI


Wacana Ilmuan:

Saya tertarik dengan cerita ini kerana teringat dengan cerita seorang kawan, peristiwa berlaku pada tahun lepas bila kawan saya ni pergi ke masjid Putra Jaya, dia dapati ada bena tentang agama (saya tak ingat apa tajuk bena tu) dalam bahasa Inggeris.

Bila dia dekati pemuda yang menjaga meja yang mengandunggi pemplet, didapati ianya satu promosi untuk agama Kristian. Kawan saya sempat berborak sebentar dengan lelaki muda itu dan memberikannya no tel. Kawan saya ni pulak memang mempunyai maklumat baik tentang Kristian walaupun bukan seorang ustaz. kawan saya mahu berdebat dengan lelaki muda itu. Kawan saya solat dahulu kerana bilal dah iqamah.

Setelah solat kawan saya kembali untuk berdebat dengan lelaki itu tapi dia telah tidak ada. Kawan saya balik dengan 1001 persoalan. Soalan pertama ialah bagaimana pendakwah muda secara terang-terang boleh membuat promosi agama Kristian? Soalan kedua kemana dia telah pergi?

Kawan saya akhirnya melupakan saja peistiwa dia dengan pendakwah Kristian itu. Kalau tak silap saya selang 3 bulan lepas peristiwa itu, dia dihubungi oleh pendakwah Kristian tersebut melalui tel. Dia mahu berjumpa dengan kawan saya. Saya tak ingat pulak dimana mereka berjumpa, tapi yang pentingnya kawan saya sempat berjumpa semula dengan pendakwah Kristian itu.

Setelah berkenalan lebih lanjut baru dapat diketahui rupanya lelaki muda itu dari Amerika. Dia datang untuk menyebarkan Kristian, dia dibiayai oleh Kristian dan gereja disana. Tiket, hotel, makan dan elaun semuanya di biayai oleh gereja.

Kali ini lelaki muda itu datang bersama isterinya. Mereka berdua full time berdakwah. Kawan saya tak lupa juga bertanya kemana dia pergi setelah berjanji untuk berdebat tempoh hari. Pendakwah itu berkata: Saya ditangkap!!! Dia mendakwa ditangkap selama 3 hari dan kemudiannya dihantar balik ke Amerika. Kali ini dia datang bersama isterinya pula!!!


Apa yang saya dapat simpulkan dalam kisah kawan saya itu tadi ialah:

1- Memang banyak berlaku penyebaran agama Kristian kepada orang Islam di Malaysia dan ianya bertentangan dengan undang-undang negara. Oleh itu tindakan melalui undang-undang boleh diambil kepada mereka.

2- Satu kelemahan ahli masyarakat ialah mereka tidak tahu bagaimana bertindak. Kebanyakan dari kita tidak tahu bertindak bila melihat sesuatu perkara seperti diatas atau kes khalwat, kes kecurian harta awam seperti pasir sungai, simpang jalan yang di tutup pokok dan sebagainya. Apa yang dibuat biasanya mengeluh, mengutuk dan tak kurang juga yang menjadikannya isu politik.

3- Apabila saya menulis tentang satu saluran radio yang telah bertindak menyiarkan perbualan yang anti Islam, seorang telah menghubungi saya dan memberitahu bagaimana cara bertindak yang betul. Baru saya perasan perlunya mengajar masyarakat tentang perkara ini.

4- Saya berharap sangat supaya orang-orang yang boleh memberi tunjuk ajar dalam bab ini menulis diruangan blog saya satu artikel tentang tajuk ini. Artikel itu boleh dihantar melalui email benmokhtar2@gmail.com saya akan menyiarkannya insyaallah.




Pandangan anda dihargai
Tentera Ahzab
Tentera ahzab di Afghanistan di bawah pimpinan Amerika menerima pukulan teruk semalam apabila pejuang Taliban berjaya menawan seorang askar mereka dan membunuh seorang Kolonel Rupert Thorneloe. Beliau merupakan salah seorang kepimpinan tertinggi tentera Amerika di Afghanistan. Disamping Thorneloe, seorang lagi tentera payung terjun British turut terbunuh.

Kedua-dua tentera penjajah itu telah mati sebaik sahaja bom tepi jalan meletup ketika mereka dalam perjalanan menuju wilayah Helmand. Sehubungan dengan kekalah itu, Amerika telah melancarkan serangan dengan menggunakan kapal terbang tampa pemandu dan membunuh 13 orang awam.

Pandangan anda dihargai

Operasi besar-besaran

Pagi semalam, 2/7/09 askar Amerika di Afghanistan telah memulakan satu oprasi besar-besaran untuk menggempur kedudukan pejuang Taliban di kawasan Helmand. Operasi itu disertai oleh 4000 askar marin Amerika dan 650 askar Afghanistan. 50 helikopter penganggkut tentera digunakan dan mereka juga membawa kereta kebal. Jeneral Stenly berkata bahawa operasi ini merupakan operasi terbesar yang melibatkan penganggkutan tentera melalui udara semenjak perang Viatnam.

Amerika sering melakukan operasi kecil-kecilan dikawasan kubu Taliban tersebut dan setiap kali operasi menyaksikan kematian orang awam. Semenjak Mei sahaja sudah 140 orang awam terbunuh dalam serangan Amerika terhadap kawasan tersebut. Pada bulan lepas, tentera Britain juga telah mengadakan operasi pemburuan tentera Taliban di kawasan yang sama.

Kawasan Helmand merupakan kubu kuat Taliban yang telah mengorankan lebih 30 orang tentera Amerika, Britain dan Denmark semenjak awal tahun 2009.

Pandangan anda dihargai