Cara Kotor Promosi Blog

PAS Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung ilustrasi grafik yang bersifat provokatif membabitkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah laman blog. Pandangan anda dihargai

Wacana Ilmuan:
Kalau kita mahu blog kita terkenal, salah satu caranya kita aibkan sesiapa tapi pastikan orang tu orang terkenal..tengoklah apa jadi, seluruh pelusuk dunia akan masuk….tapi cara ini perlu dijauhi sebab ianya cara yang kotor!!!

Jadilah seperti pokok,
mereka melemparkan kamu dengan batu,
kamu melemparkan mereka dengan buah
`Hasan al Banna

Malaysia tetap bantu

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

  • Malaysia akan terus menghantar misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia meskipun ada segelintir rakyat republik itu mempunyai pandangan negatif terhadap negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  • Malaysia menafikan dan tidak sesekali tergamak memberi makanan yang telah luput tarikh kepada mangsa gempa bumi di Padang.
  • Sekumpulan orang dilaporkan telah bertindak merampas bantuan dari negara luar untuk diberikan kepada mangsa-mangsa gempa di Padang Pariaman, Padang.
  • Pusat Rawatan Kemanusiaan Malaysia di tengah bandar Padang, Indonesia sentiasa menjadi tumpuan masyarakat setempat.
  • Wacana Ilmuan:
    Perangilah nafsu dan syaitan, jangan teragak-agak untuk menghulurkan bantuan

    Pandangan anda dihargai

    Gerhana Matahari

    Gerhana matahari hari ini disambut di negara-negara yang mengalaminya dengan berbagai upacara. Di India, berbagai kepercayaan terhadap gerhana dianuti oleh penduduk negara itu.

    Walaupun orang Melayu di Malaysia sudah menganut Islam sekian lama, namun masih ada lagi segelintir masyarakat yang menganut saki baki ajaran syirik berkaitan gerhana. Kepercayaan ini tidak sebenar kerana gerhana matahari terjadi akibat fenomena alam yang amat tabie. Sebagai mana matahari bergerak dari ufuk ke ufuk maka begitu jugalah terjadinya gerhana.

    Setakat yang saya tahu negeri-negeri di Malaysia mempunyai ahli falaaknya, mereka membelanjakan peruntukkan yang banyak untuk tujuan membangunkan ilmu falak dan kedatangan gerhana diketahui lebih awal lagi, walaupun begitu setakat ini tiada sebarang gesaan untuk mengadakan solat Khusuf atau solat gerhana.

    Semenjak beberapa tahun saya telah menyuarakan rasa tak setuju untuk meletakkan tugas falak dibawah pejabat mufti. Bagi saya ilmu falak telah mempunyai peruntukan besar oleh kerajaan dibawah Plineterium negara, mengapa pula setiap negeri perlu menubuhkan jabatan falak sendiri, lebih saya tak setuju lagi ialah bila negeri-negeri ini memperuntukkan perbelanjaan yang besar dengan menghantar setiap imam menjalani kursus falak. Perlukah setiap imam memahami ilmu falak?

    Bagi saya ianya tidak perlu, ilmu falak ialah ilmu astronomi, jika pejabat agama negeri mahu sangat ada pegawainya mahir dalam ilmu ini maka letakkan saja beberapa oraang pegawai atau penyelidiknya di Plineterium negara habis cerita. Ada baiknya budjet yang besar itu digunakan kepada membangunkan ilmu yang lebih kritikal keperluannya. Saya amat berterima kasih kepada bekas menteri besar Selangor Dato’ Khir Toyo kerana menolak cadangan mendirikan balai cerap yang berharga jutaan ringgit.

    Pandangan anda dihargai

    Mengelilingi dunia dalam masa 2 hari


    Memang benar dua hari ini saya habiskan masa untuk menyusuri blog dan web yang saya mampu singgah dan lihat. Saya fokuskan kepada blog pelajar-pelajar dan kebanyakannya di peringkat universiti.
    Saya kagum dengan semangat kesedaran Islam yang saya dapat lihat dalam blog-blog yang saya kunjungi. Ramai pelajar Malaysia diserata dunia dan kebanyakan mereka memberi perhatian kepada agama dalam blog mereka. Alhamdulillah, semangat yang melegakan. Tidak dapat dinafikan darjah kesedaran sudah tentu berbagai-bagai.
    Namun demikian saya agak pelik kerana saya hampir tidak berjumpa dengan blog yang ditulis mengikut bidang pengajian tuan blog tersebut. Keadaan ni menyokong lagi kenyataan saya dalam tulisan yang bertajuk Pintu Syurga Terbuka Luas.
    Rata-rata blog berunsur Islam yang saya kunjungi tidak boleh lari dari unsur2 keagamaan seperti yang sering difahami oleh masyarakat kita. Walaupun mereka menceburi bidang yang berbagai tetapi mereka masih mahu mengupas persoalan agama yang memang bukan bidang mereka. Saya tidak tahu sejauh mana mereka belajar agama dan melalui disiplin pengajian agama.
    Sebenarnya saya amat mengharapkan golongan ini tampil dengan tulisan-tulisan dibidang masing-masing yang mampu merungkaikan masaalah masyarakat. Bidang perubatan, pendidikan, kaunseling, kejuruteraan dan lain-lain. Saya amat berharap agar golongan agama dan duah Malaysia tidak menyempitkan ilmu akhirat hanya kepada subjek agama sahaja.
    Pengalaman saya semasa masuk berjumpa orang asli, kalau rombongan kita ada doktor orang asli akan suka untuk datang dan membuat rawatan, mereka juga akan mendengar ceramah. Kalau tak ada doktor mereka kata tak berbaloi nak pergi. Itulah peranan bidang yang berbagai dalam dakwah.
    KerjaIslam tidak bermaksud semua orang mesti berakp tentang hukum dan berceramah. Dalam kata yang agak tegas saya mahu katakan agar golongan yang tidak berkemahiran dalam bidang agama dan tidak mengikuti disiplin pengajiannya supaya tidak menganggap bidang ini boleh dicerobohi oleh siapa sahaja asalkan mereka mempunyai masa dan minat.
    Saya amat faham dengan semangat masing-masing tetapi alangkah besarnya pahala dan alangkah kuatnya dakwah jika masing-masing memberikan sumbangan dalam bidang yang dikuasai oleh mereka. Sehingga kini saya tidak berjumpa dengan blog pelajar medic yang cuba menyelesaikan masaalah penyakit dan menjawab persoalan kesihatan. Saya memang bercita-cita untuk melihat bahawa ada web persatuan pelajar di mana-mana negara mengepalai perubahan ini. Mungkin laman mereka amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Mengapa? Kerana sumber-sumber ilmu ini amat terhad dalam bahasa Melayu. Mungkin inikah puncanya perbincangan kesihatan dalam blog Melayu hanya bersifat mengamalkan petua yang datang entah dari mana puncanya……
    pandangan anda dihargai

    Hari Guru…..Nasihat Buat Murid

     

    Telah tiga artikel saya bincang pasal Hari guru. Sedar-sedar rupanya saya sekarang telah juga menceburi bidang pendidikan. Sememangnya ada peluang untuk saya melompat ke bidang lain tatapi saya rasa memang minat saya dibidang pendidikan. Sebaagaimana saya dulu dididik maka saya sekarang ini menjadi pendidik.

     Saya rasa saya ingin memberi beberapa nasihat buat diri sendiri dan kepada sesiapa sahaja yang bergelar murid. 

    1-Kuasai ilmu-ilmu asas dengan baik.

    Kalau anda bidang pengajian Islam misalnya, pastikan penguasaan bahasa Arab, Usul Fiqh dan ilmu-ilmu asas yang lain. Mengapa ianya penting? Ini kerana penguasaan asas inilah tapak bagi langkah seterusnya. Masaalah pelajar biasanya bahasa Arab kantoi, sedangkan bahasa adalah kunci untuk menyelongkar khazanah ilmu. Kalau baca kitab tak faham mcm mana?

    Saya tengok ramai geraduan yang membawa title ustaz tetapi asas ilmunya amat cetek, pastu dia mula merapau-rapu dalam masyarakat. Jadilah isu yang besar sebagai benda remeh dan isu-isu remah sebagai bahan yang diperbesar-besarkan. Tidak lain dan tidak bukan kerana kedangkalan mereka dalam memahami asas syariat.

    2- Budayakan Ilmu.

    Ilmu bukan sesuatu yang tertulis dalam buku sahaja, tapi ilmu itu hidup dalam jiwa. Jika kita mampu menjadikan ilmu itu berinteraksi dengan jiwa maka ilmu akan jadi sesuatu yang hidup. Maksud saya, jadilah tindakan kita berdasarkan ilmu. Contoh yang paling mudah antaranya ialah orang yang tidak berilmu bertindak berdasarkan trend dan iklan TV, tapi kita berdasarkan keperluan dan tuntutan.

    Antara maksud membudayakan ilmu juga ialah menghormati pengkhususan. Ramai orang yang hanya belajar agama dimasjid tapi tidak segan mengupas persoalan hukum hakam dengan mendalam. Ada penyanyi yang baru pandai nasyid tapi tiba-tiba berdiri diatas mimbar. Dia berkhutbah tentang itu dan ini sedangkan ilmunya dalam bidang nyanyian. Ada juga ustaz yang mengharamkan itu dan ini tetapi tidak faham hakikat benda yang dituturkan.

    3-Berjiwa besar

    Orang berilmu cita-citanya tinggi. Islm pun mengajarkan kita supaya bercita-cita tinggi. Orang kafir mengejar untuk berjaya didunia, tapi orang Islam disuruh mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Mana lebih tinggi? Siapa lebih berjiwa besar? Oleh itu kita mesti bercita-cita untuk buat sesuatu yang besar. Orang Melayu rata-ratanya berjiwa kecil. Dapat buat apa2 kecil-kecilan cukuplah. 

    Jiwa kecil ini juga menyebabkan kita seronok bila dibantu tetapi berat untuk membantu. Kita seronok bila dihormati tetapi berat untuk menghormati. Kita senang bila orang berkorban untuk kita tetapi kita amat berat untuk berkorban untuk orang lain.

    Jiwa besar menyebabkan orang berilmu tidak menghormati orang yang mengelilinginya kerana harta, pangkat dan kepentingan yang mereka tawarkan. Orang berilmu yang berjiwa besar mampu mengatakan kebenaran dimana sahaja dia berada. 

    4-Ilmu dan Jihad

    Jihad adalah induk sementara kelengkapan lain adalah penyokong. Kalau seseorang itu berharta dan hartanya digunakan untuk Islam maka dia akan menjadi orang kaya yang dinamik. Dia akan menjadi amat berbeza, daripada orang yang berharta tetapi harta hanya untuk kepentingan dirinya. Begitu juga dengan ilmu, bahkan ilmu lebih banyak mempedayakan kita. 

    Ramai orang yang menyangka ilmu itu matlamat. Sebenarnya salah, ilmu hanyalah alat jika ianya tidak digunakan pada jalan Allah, maka ia seperti harta yang tidak digunakan pada jalan Allah. Ramai orang yang mencari ilmu hanya untuk dirinya. Dia akan bertindak jika kepentingan dirinya ada dalam aktiviti keilmuan. Tidakkira ilmu apa yang anda pelajari ianya boleh digunakan untuk kepentingan diri dan pada jalan Allah termasuklah ilmu alquran dan sunnah sendiri. Islam di Baghdad dan Andalus terpadam ketika penggarapan Ilmu menjulag tinggi, akan tetapi ilmu yang kering dari perjuangan ibarat jasad yang tidak bernyawa.

    5-Ilmu lebih tinggi dari individu

    Perinsip ini menyebabkan anda menilai kebenaran dengan hujjah bukan dengan ketaasuban. Inilah tradisi yang telah menyebabkan ilmu berkembang pesat dalam Islam. Satu benda penting yang saya pelajari dari guru-guru saya ialah mereka tidak taasub dengan mazhab dan aliran. Mereka berkiblatkan kebenaran bukan berkiblatkan tokoh. Kebenaran itu datang mungkin dari orang yang kita musuhi. Oleh itu Dr Faruq Hamadah pernah mengkritik gurunya Abdullah bin Siddiq al Ghumari. Dr Farid Ansari pernah mengkritik Dr Raisuni dan begitulah tradisi ilmu berakar umbi. 

     

    Di Malaysia ramai orang yang lepasan pondok misalnya atau ada pertalian darah dengan pengasas pondok yang tidak menerima sebarang  teguran tentang sistem pondok atau guru pondok. (sudah tentu bukan semua macam tu).  Mereka menelan segala kata-kata mereka seperti ianya wahyu yang tidak boleh dipertikaikan. Saya amat hairan bila mendegar golongan ini bermati-matian mengatakan orang sekarang tidak akan sampai kepada ilmu orang pondok. Seolah-olah ilmu telah terhenti untuk zaman itu sahaja. Perinsip yang benar ialah setiap zaman ada ilmunya, mereka telah berusaha mengikut zaman mereka dan kita berusaha mengikut zaman kita.

    Inilah sedikit nasihat buat peringatan diri dan para pencinta ilmu…….nasihat ini saya nukilkan juga walaupun menyedari kekurangan diri lantaran menedari tuntutan tradisi ilmu .

     

     pandangan anda dihargai

    Pintu Syurga Terbuka Luas

    Harini ini ramai rakyat Malaysia yang tidak bekerja termasuklah saya sendiri. Peluang itu saya ambil untuk menulis. Tajuk yang saya pilih hari ni ialah Pintu Syurga Terbuka Luas. Sebenarnnya saya ingin bincang sikit berkenaan kepelbagaiab amalan yang perlu kita ambil dan lakukan.
    Salah satu persepsi yang perlu diperbetulkan di Malaysia ni ialah, masyarakat sering memandang amal untuk dapat pahala dalam skop yang sempit. Sempit bagimana? Begini, kalau kita tengok orang masih menganggap nak buat baik mesti terikat dengan beberapa benda sahaja. Masjid, anak yaim, quran, solat, puasa,haji dan umrah. 
    Saya rasa Pemikiran masyarakat kita masih membataskan kebaikan dan amalan kepada beberapa perkara diatas. Saya amat tekejut bila seorang yang saya agak hormati dan telah lama bertugas dalam  pentadbiran agama berkata: Kalau kita nak pahala yang banyak ialah sewaktu kita pergi ke Mekah kita hadiahkan quran ke Masjidil Haram. OOO gitu ke? Kata saya dalam hati. Saya tak dapat jawab sebab saya beliau sedang berucap. Itu salah satu contoh saja. 
    Satu contoh lagi, saya sering menjumpai orang yang sedang membawa naskah surah yasin yang hendak didermakan kepada masjid sempena kematian ahli keluarga mereka, sedangkan masjid itu telah mempunyai ribuan surah yasin dan jemaahnya tak sampai 50 orang. Sewaktu sebuah masjid di sebuah kampung mahu menggantikan tongkat yang dipegang oleh imam pada hari jumaat, ribuan ringgit didermakan secara terus sedangkan kutipan  derma biasa masjid itu amat daif. Mereka merasakan itulah pahala jariah yang besar kerana imam memegangnya sewaktu baca khutbah. Sebenarnya banyak lagi contoh2 lain yang saya boleh utarakan tetapi takut terlalu panjang pula tulisan ini.
    Sebenarnya amalan ibadat amat luas skopnya, yang kaya boleh mencari pahala dengan hartanya, yang bertenaga boleh mencari pahala dengan tenaganya, yang berilmu boleh mencari pahala dengan ilmunya dan begitulah seterusnya. Tajuk ini akan saya sentuh lagi dilain masa kerana amat luas skopnya tapi hari ni saya nak beri penekanan kepada satu benda. Dakwh melalui blog atau web. 
    Kalau kita lihat, golongan yang banyak menulis blog yang berguna ialah golongan agama sahaja. Kalau adapun golongan bukan berpendidikan agama, mereka akan cuba bercakap pasal agama juga. Mana perginya doktor, engineer, pegawai, business man dll. Mungkin golongan ini akan menjawab, kami tak pandai agama, kalau kami tulis nanti melalut pulak. Betul, awak seorang doktor kalau tulis pasal agama mesti melalut tapi mengapa awak tidak menulis berkaitan kedoktoran. 
    Mengapa awak membataskan sumbangan kepada tajuk2 kerohanian sahaja? Atau awak boleh menyumbang artikel anda dalam laman blog berasaskan agama. Situasi ini masih amat menyedihkan. Begitu juga orang kaya yang ingin menderma, mengapa tidak mendermakan wang anda untuk membina web yang canggih, yang menjadi rujukan masyarakat. Web yang mengandungi maklumat agama, kedoktoran,kaunseling, panduan keselamatan dll. Laman web seperti ini hampir tiada di dalam bahasa Melayu.
    Kesedaran ini amat meluas didalam masyarakat Arab. Berbagai lamn web yang besar2 diasaskan oleh dermawan2 yang memahami islam yang dinamik. Tengok saja laman web Dr Yusuf Qardawi, web islam online dan terlalu banyak untuk disenaraikan. Dalam laman islam online ada doktor-doktor pakar yang sedia memberi nasihat secara online mengikut jadual tertentu. 
    Selain itu dermawan arab juga sanggup membeli hakcipta buku-buku untuk mereka berikan peluang download percuma dalam internet. Macam-macam buku yang dulunya amat sukar untuk diperolehi tetapi kini berada dihujung jari penyelidik. Maklumat mengenai kesihatan, perniagaan, pendidikan dan semua bidang dapat diambil dengan mudah. 
    Mengapa bahan ilmiah terlalu mudah didapati dalam laman web bahasa Arab dan hampir tiada dalam bahasa Melayu. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka menganggap pintu syurga terbuka luas sedangkan orang Melayu menganggap pintu syurga itu terlalu sempit.