Pengumuman

Saya mohon maaf kepada tetamu Wacana Ilmuan kerana kerja-kerja menambah baik blog ini sedang dilakukan. Segala kesulitan amat dikesali.

Pandangan anda dihargai

benmokhtar.blogspot.com

Innalillah Wa Ina Ilaihi Rajiuun

فريد الأنصاري.. رائد “مجالس القرآن” إلى رحمة منزِّل القرآن

عبدلاوي لخلافة

صورة للفقيد كان يحبها في حياته كما أسر لمراسل إسلام أون لاين لتواضعها
صورة للفقيد كان يحبها في حياته كما أسر لمراسل إسلام أون لاين لتواضعها

الرباط- انتقل إلى رحمة الله مساء الخميس 5-11-2009 الفقيه والعالم المغربي د. فريد الأنصاري، رائد مشروع “مجالس القرآن”، بتركيا حيث كان في رحلة علاجية، بحسب مقربين منه.

وسيتم نقل جثمان المرحوم إلى المغرب السبت 7-11-2009 ثم ستشيع جنازته الأحد، على أن تقام صلاة الجنازة بمسجد “الروى” قبل أن يوارى الثرى في مقبرة الزيتون بمدينة مكناس.

ووجهت حركة التوحيد والإصلاح تعزية عامة للمسلمين في وفاة الفقيد الذي مات عن عمر يناهز الـ49 عاما.

وقالت في بيان: “بهذه المناسبة الأليمة والحزينة نتوجه إلى الله العلي القدير سائلين إياه أن يتغمد الفقيد العزيز بواسع رحمته ورضوانه، وأن يسكنه فسيح جناته مع الذين أنعم الله عز وجل عليهم من الصديقين والشهداء والصالحين وحسن أولئك رفيقا، وأن يلهمنا جميعا وسائر الأمة الإسلامية وأسرة الفقيد وأهله ومحبيه جميل الصبر والسلوان، ولا يسعنا إلا أن نقول إنا لله وإنا إليه راجعون، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم”.

وعرف الفقيد بعطائه العلمي والدعوي، حيث أثرت مؤلفاته الشرعية والحركية المكتبة الإسلامية في المغرب وخارجه، كان آخرها قبل شهر كتابه حول “الدين هو الصلاة والسجود لله باب الفرج”، بعد كتابه السابق قبل شهور: “الفطرية”.

وبفقدان الداعية الأنصاري يكون المغرب بهيئاته الرسمية والشعبية والعالم الإسلامي قد فقد منارة من منارت العلم الأصيل.

Dr Farid Ansari Kembali Ke Rahmatullah

Dr Farid Ansari telah meninggal dunia semalam, hari Khamis. Sebaik saja isteri saya memberi tahu kematian Dr Farid, saya terus mengesahkannya dengan melihat laman Islam Online. Berita kematian ini amat mengejutkan terutamanya bagi saya yang memang merancang untuk bertemu beliau akhir tahun ini.

Dengan kematian ini , bumi Maghribi telah kehilangan pendakwah, seorang alim dan pendidik yang banyak menaburkan ilmu dan budinya. Beliau adalahseorang yang tawaduk, tangkas dan penyabar. Saya telah pun menulis berkenaan beliau sebelum ini dan akan saya siarkan semula untuk tatapan kawan-kawan…wadaan ya ustazi al aziz asalullaha an yaftaha laka rahmatahu al wasiah…allahummargfir lahu wa aafihi wa’fu anhu…
untuk mengetahui tentang guru saya sila ke laman nostalgia

Selamat Kembali Bertugas

Suasana raya masih terasa di kampung dengan kehadiran banyak kenderaan bersimpang siur. Kampung yang sepatutnya menjadi tempat rehat warga kota, tiba-tiba bertukar kepada keadaan bandar yang kelam kabut. Bebarapa hari lepas saya terpaksa mengambil masa 4 jam untuk ke Kota Bharu sedangkan biasanya saya hanya perlukan masa sejam.

Yang agak menambahkan kerimasan saya ialah tindakan ramai pemandu yang memotong Q, mereka tak malu-malu untuk meyelesaikan masaalah mereka dengan meninggalkan orang yang patuh kepada undang-undang untuk terus menunggu. Sampai bila kita boleh bersabar? Tak hairanlah kalau kejahatan seringkali dibalas dengan kejahatan serupa, akibatnya makin ramai orang yang melanggar peraturan jalan raya.

Untuk para sahabat saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan, pandulah dengan berhemah dan berhati-hati, saya doakan kita semua selamat kembali ke destinasi dan memulakan tugas dengan selamat, amin ya rabbal alamin.
Pandangan anda dihargai

Selamat Hari Raya Adil Fitri
Semoga Syawal Disambut Dengan Bahagia
DiJemput Kepada Semua Sahabat Untuk Menziarahi Saya Di Jerteh Terengganu.
Hubungi 019-277-3619

Harga petrol naik esok

Ogos 31, 09 6:55pm
Malaysiakini

Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok.

Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini – bagi menggantikan RON92 – dijual pada harga RM1.80 seliter.

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.

Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.Pandangan anda dihargai

Wacana Ilmuan:

Biasanya jika ada kenaikan harga minyak, maka akan berlakulah perkara berikut:

1- Ada menteri yang akan membandingkan harga minyak negara ini dengan negara lain.
Hakikatnya mereka mengaburi mata rakyat kerana negara2 spt UK mempunyai matawang tinggi dan pendapatan rakyatnya berkali ganda lebih tinggi dari M’sia.

2-Ada ‘pakar-pakar’ yang akan memberi tip-tip penjimatan petrol.
Hakikatnya tip-tip itulah juga yg telah diberikan semasa kenaikan petrol lepas. Tip2 pula banyak yang menggelikan hati seperti jangan pasang aircond dll.

3-Ramai orang berpusu2 ke stesyen minyak.
Haikatnya mereka akan menjimatkan minyak untuk 1 tangki sahaja dan minyak akan naik bertahun-tahun. Perbuatan ini tak ubah seperti memilih wakil rakyat tertentu kerana semata-mata dia memberi duit RM50 sedangkan dia akan berkuasa 5 tahun dan mengabaikan banyak kepentingan rakyat dalam masa tersebut.

4-Akan ada menteri yang akan bagi amaran kepada peniaga supaya tidak menaikkan haga barang.
Pada hakikatnya menteri itu sendiri menaikkan harga barang yang dijualnya kerana menteri sekarang semuanya ada buat part time belaka.

5-Kenaikan harga barang yang bertubi-tubi dengan alasan kos meningkat
Bila ditanya tentang hakikatnya maka peniaga akan berkata terima sajalah ianya sebagai satu hakikat.

Puas Sabtu

Rakyat Malaysia mula puasa Sabtu ni, Wacana Ilmuan mengambil kesmpatan ini untuk mengucapkan kepada seluruh umat Islam selmat berpuasa. Moga Ramada dipenuhi dengan pebersihan sebenar, amin.

Pandangan anda dihargai

Ketua kumpulan Rabbani, Asri meninggal dunia

Berita Harian

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Wacana Ilmuan:

Takziah kepada keluarga Asri dan sekalong doa untuk beliau mudahan berada dalam rahmat Allah .

Pandangan anda dihargai

KUIS Tutup


Kolej Unversiti Islam Antarabangsa Selangor di tutup hingga tarikh 10 Ogos 2009. Tindakan ini diambil kerana 770 orang pelajar telah mengalami demam-demam. Walaupun masih belum ada kes H1N1 tapi tidakan berjaga-jaga diambil dan Kementerian Kesihatan mengarahkan KUIS ditutup sehingga tarikh tersebut.

Innalillah Wa Inna Ilaihi Rajiun

Semalam saya dikejutkan dengan kematian anak seorang kawan, iaitu Ustaz Ismail Othman. Kira-kira pukul 12.30 mlm pagi beliau menghubungi saya memberitahu anaknya sakit. Pukul 5 pagi anaknya meninggal.

Semasa di perkuburan tazkirah ringkas disampaikan oleh Ustaz Yusnan. Tazkirah mengingati kematian itu amat tepat pada ketikanya, cukuplah kematian itu sebagai satu peringatan.

Menyebut tentang tazkirah mengingati mati, teringat pula kepada konsep mengingati mati. Ingat mati adalah satu ubat dan penawar yang amat mujarab bagi penyakit hati. Apa tidaknya, kematian akan memutuskan kita dari dunia dan kelazatannya.

Kematian orang lain adalah satu pengajaran yang amat berguna untuk menambat hati yang terlalu liar. Menghadiri majlis kematian pula adalah satu pelajaran praktikal yang amat berguna. Segala keindahan dunai ini akan kita tinggalkan.

Kematian mengingatkan kita betapa hitungan dan perhitungan berkisar dari sudut kemanusiaan, nilai, harga diri, maruah dan semuanya tersimpul dalam kalimah agama.

Ditengah-tengah gesaan untuk mengingati mati, perlu juga kita membimbing sesetengah manusia yang tersasar dalam sinaran cahaya. Ramai juga yang menjadikan mengingati mati sebagai satu alasan untuk bermalas-malasan. Meninggalkan tugas mengimarahkan dunia atas alasan kematian yang akan menjemput kita adalah alasan lapok yang tidak perlu dijadikan sebab.

Mudah-mudahan mengingati mati dalam bentuknya yang positif akan menguatkan produktiviti kita dan meningkatkan motivasi untuk terus cemerlang dalam segala bidang. Ingatlah mati akan menjemput kita dan kedatangannya adalah pasti, oleh itu jadilah seorang insan yang cemerlang kerana peluang tidak akan berulang lagi.

Pandangan anda dihargai