Yang Panas Makin Panas

Wacana Ilmuan:
Perlakuan pemimpin akan memberi kesan kepada negara dan rakyat walaupun dalam soal peribadi mereka, oleh itu berhati-hatilah. Moga Allah menjelaskan kebenaran. Amin
pandangan anda dihargai

Monahara…..Nafsu Pun Bergejolak (2)

Mengapa saya mengatakan reaksi orang yang memakin hamun ialah reaksi yang mungkin ikhlas tapi tidak bertempat? Jawapannya ialah kerana kedua-dua pihak yang terlibat tidak mewakili rakyat kedua-dua negara.
Seorang bekas model yang telah berjaya dipikat oleh seorang hartawan. Sudah tentunya situasi itu membawa banyak makna. Saya yakin rakyat Indonesia ramai yang menjaga harga dirinya dan lebih bermaruah dari seorng model. Oleh itu saya tidak meletakkan akhlak orang ini sebagai cermin kepada kelakuan rakyat Indonesia, walaupun jika yang bersalah adalah dia. Itu hanya sifat individu itu sahaja.
Pihak Malaysia juga tidak melambangkan kelakuan rakyat jelata. Ini kerana yang terlibat langsung tidak mewakili golongan kebanyakan dii Malaysia. Kesalahannya langsung tidak mencerminkan sikap rakyat dan kerajaan Malaysia.
Sebenarnya banyak polisi Kerajaan Malaysia terhadap rakyat Indonesia yang boleh dipuji. Sudah tidak dapat dinafikan ramai rakyat Indonesia yang mendapat kerakyatan di Malaysia, terlalu ramai. Semua itu dilakukan atas dasar persaudaraan agama dan bangsa. Setelah penguasa umat Islam mula lalai barulah polisi yang amat penting itu dikurangkan, tapi masih berlangsung.
Perkara terpenting yang saya mahu ulas dalam tulisan ini ialah betapa perlunya kefahaman, kerjasama dan sokongan antara kedua negara ini. Mengapa? Ini kerana kemaraan kuasa besar dunia di rantau ini sentiasa tidak menyebelahi negara2 Islam yang ada. Polisi Amerika dan Israel yangberbaik-baik dengan Singapur serta Thailand perlu diimbangi dengan kerjasama erat antara Malaysia dan Indonesia.
Kedua-dua negara pernah menelan kepahitan terlepasnya kedaulatan wilayah masing-masing apabila Timor Timur dan Batu Putih diserahkan kepada pihak lain walaupun dengan saksi fasik dari barat. Ingatlah persaudaraan Islam dan ukhuwah yang utuh ini akan sentiasa dimurkai oleh musuh yang terlalu. Mereka akan sentiasa menyucuk jarum-jarum beracun untuk tujuan itu.
Sudah menjadi kebiasaan golongan atasan untuk menjadikan diri mereka sebagai punca kepada keretakan perpaduan dan kedaulatan umat. Rempah ratus terhadap resepi kejatuhan itu ialah hata, kuasa dan wanita, ketika ianya telah memenuhi sanubari maka nafsupun bergejolak.
#Baca buku saya Kerajaan Islam Spanyol, disana ada beberapa pelajaran penting.
pandangan anda dihargai

Monahara….nafsu pun bergejolak (1)

Kalau pasal gambar di atas saya tak payah ulas panjang-panjang. Semua orang dah tahu tentang ceritanya. Saya tak mahu menambah umpatan terhadap masaalah rumah tangga orang, persoalan rumah tangga elok diselesaikan di mahkamah antara mereka berdua.
Kalau dah tak payah bincang mengapa pula saya meletakkan gambar beliau di atas sana? Jawapannya ialah saya terpaksa mengupas isu ini, tapi bukan persoalan rumah tangga mereka berdua. Apa yang saya nak ulas disini ialah kesan kes ini terhadap kesatuan umat Islam.
Saya sudah mula membaca blog-blog dari Indonesia yang tidak semena-mena mengutuk orang Malaysia, Kerajaan Malaysia dan memaki hamun keduanya. Sememangnya rasa kesatuan kenegaraan membuatkan mereka akan menyebelahi isteri muda yang ‘teranyanya’ itu.
Satu pelajaran yang saya ingin kongsikan disini ialah kita manusia ini seringkali bertindak ikhlas tapi tidak kena pada tempatnya. Saya percaya rakyat Indonesia yang marah dengan tindakan penderaan rakyat mereka merasakan mereka perlu marah dan meradang. Memang kezaliman mesti dihentikan.
Saya akui inya terbit dari hati yang ikhlas, cuma ada beberpa perkara yang saya ingin bincangkan. Pertama, benarkah penderaan itu berlaku? Mengapakah kita tidak serahkan keadilan mahkamah yang menentukan perkara ini?
Sudah tentu rakyat Indonesia akan berkata, mesti mahkamah Malaysia akan menyebelahi Malaysia. Saya katakan ya, benar, kemungkinan itu wujud. Kemungkinan itu wujud di Malaysia sebagaimana ianya wujud di Indonesia.
Saya berani berkata begitu kerana inilah sebenarnya masalah dunia Islam, kita sama-sama perlukan keadilan. Kita sama-sama dalam situasi serupa.
pandangan anda dihargai

P.Ramlee, Saloma dan Abdul Rahman Limbong

Semasa saya sedang memandu balik dari ceramah saya mendengar satu temubual dengan seorang penyanyi muda dalam satu siaran radio. Masih muda sangat umur penyanyi ni, baru 14 tahun. Dia menyanyikan lagu-lagu saloma, bermati-matian dia mengatakan suaranya mirip saloma. Begitu juga dengan emak dan abangnya yang turut di temubual, mereka mengatakan sura budak ini mirip saloma. Penemuramah radio pula mengatakan suara budak tu iras-iras suara Saloma dan perlu di tingkatkan kualitinya.
Saya tak kisahlah dengan suara dia, yang saya dengar memang budak ini berbakat untuk menghidupkan kembali lagu2 Saloma kerana suaranya mmg ada gaya Saloma. Sungguh lunak suaranya. Apa yang menariknya sepanjang bercakap tidak henti-henti budak ini menyebut kalimah-kalimah yang baik seperti Alhamdulillah, Insyaallah Masyaallah dll.
Yang saya nak bincangkan dipagi ini ialah bagaimana pihak media di Malaysia dan orang yg bertanggungjawab berkenaan sejarah dan kebudayaan untuk mewujudkan suasana yang cukup terharu bila rakyat menyebut P.Ramlee, Saloma dan keluarga mereka. Media dan pihak kerajaan telah berjaya memartabatkan dua orang penggiat seni ini hingga jasa mereka berdua dianggap tidak dapat diperkecilkan.
Saya pernah acah-acah mengatakan P.Ramlee tak hebat, seorang pakcik tu defend P.Ramlee macam hakim Mahkamah Agung bercakap. Media telah berjaya memartabatkan seolah-olah jika tak ada P.Ramlee maka rakyat Malaysia akan mundur, atau tidak bertamaddun. Saya sebenarnya tidak mahu membincangkan apakah betul keadaan tersebut. Yang saya nak ulas tentang itu sikit sahaja, iaitu kebanyakan filem P.Ramli adalah disadur daripada filem-filem Mesir.
Apa yang saya nak tekankan ialah dalam masa yang sama media dan pihak kementerian kebudayaan telah mengabaikan para pejuang tanahair. Kedudukan mereka langsung tidak disebut-sebut. Kewujudan mereka langsung tidak diselongkar dan kehidupan serta pengorbanan mereka langsung tidak di endahkan.
Inilah yang saya anggap subjek sejarah telah di lupuskan dari dalam jiwa masyarakat. pelajaran sejarah bukan setakat disekolah. Pelajaran sejarah bukan setakat menghafal tarikh-tarikh tertentu, tetapi pelajaran sejarah adalah roh yang mesti mengalir dalam sesebuah bangsa. Orang Malaysia tidak pernah ditonjolkan dengan pengorbanan ulamak dalam menjaga kesucian agama. Kalau tidak ada pejuang-pejuang ini sudah tak ada Malaysia dalam bentuknya hari ini.
Kerja-kerja mengingati pejuang tanahair hanya bila 31 Ogos pastu senyap. Mereka tidak dimuliakan sangat. Orang tak kenal sangat siapa Abdul Rahman Limbong. Rumahnya dimana sejarahnya, atau orang KL nak ke Terengganu kerana nak tengok kesan-kesannya. Tiada apa yang dihebahkan. Tiada apa yang dibanggakan.
Hati-hati yang lalai bukan sahaja tergamak membinasakan diri dan keluarga tatapi hati yang lalai akan tuurut membinasakan peradaban bangsa.
pandangan anda dihargai