Tanda-tanda Awal Tol Akan Naik

Kadar tol dua lebuh raya naik?

Utusan,KUALA LUMPUR 14 Mac – Kadar tol dua lebuh raya iaitu Lebuh Raya Jambatan Pulau Pinang dan Lebuh Raya Pantai Timur dijangka akan dinaikkan.

Lebuh Raya Jambatan Pulau Pinang tidak pernah dikaji kadar tol selama 25 tahun, manakala Lebuh Raya Pantai Timur akan mengkaji kadar tolnya selepas enam tahun beroperasi.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia di sini, kedua-dua lebuh raya tidak pernah menaikkan kadar tol sebelum ini.

”Semakan semula yang dilaksanakan oleh kerajaan akan menjadi kenaikan kadar tol buat julung kalinya, jika ia menjadi kenyataan,” kata beliau lagi.

Kadar tol Jambatan Pulau Pinang masih kekal pada RM7 sementara Lebuhraya Pantai Timur yang membuka fasa pertamanya kepada orang ramai pada 1 Ogos, 2004 masih 12 sen setiap kilometer bagi kenderaan kelas pertama.

Sementara itu, sumber itu berkata, kedua-dua lebuh raya ini akan mengalami masalah jika kadar tolnya tidak dinaikkan.

“Ini adalah kerana kedua-dua pengendali lebuh raya telah meningkatkan kemudahan dan menambah perkhidmatan mereka pada kos yang tinggi. Kegagalan menaikkan kadar tol mengikut perjanjian konsesi asal mereka akan memberi kesan negatif.

Oleh kerana kesesakan yang semakin meningkat, Jambatan Pulau Pinang telah dilebarkan dan membuka lorong ketiga pada bulan Ogos tahun lalu (2009).


Wacana Ilmuan:

Mari kita bergelak ketawa dengan tiga ayat yang amat lucu ini:

‘kedua-dua lebuh raya ini akan mengalami masalah jika kadar tolnya tidak dinaikkan’.
Naikkan cepat tol tu kesian betul pada syarikat yang tak kenyang-kenyang. Memang kita takut sangat pada ‘kesan yang negetif’ seperti tertera dibawah.

‘Kegagalan menaikkan kadar tol mengikut perjanjian konsesi asal mereka akan memberi kesan negatif.’

Tanpa di sedari ayat ini mendedahkan hakikat sebenar mereka!!!

“Oleh kerana kesesakan yang semakin meningkat, Jambatan Pulau Pinang telah dilebarkan.

Kesesakan meningkat bermakna pendapatan meningkat, maka apakah perlunya dinaikkan harga?? Saya cadangkan supaya dicari alasan lain, tak jadi masalah rakyat Malaysia tak akan marah yang penting alasan mesti nampak macam masuk akal sikit.
Pandangan anda dihargai

Antara Hak Individu & Hak Organisasi

Lebih kurang pukul 11.50 tadi saya telah ke bank CIMB Bandar Baru Bangi, Kalau tak silap saya Seksyen 8 disitu. Saya masuk ke bank selepas pekena nasi lauk asam pedas, memang namanya sama dengan sifatnya, pedas, oleh itu masakan yang agak sedap jadi kurang enak buat saya kerana saya memang sensitif dengan pedas.

Saya sebenarnya menggunakan kad ATM Bank Islam, tetapi saya kesitu untuk memasukkan ke akaun lain di CIMB. Apa yang berlaku ialah duit tak keluar dan yang keluar hanyalah resit. Setelah saya cek jumlah maksima yang saya mahu keluarkan tidak keluar. Duit pula telah ditolak dari akaun.

Setelah saya membuat aduan di kaunter, katanya proses memakan masa satu bulan, masya Allah terkejut saya. Sebenarnya peristiwa yang sama baru berlaku semalam. Semasa saya mengisi minyak di stesyen minyak Petronas Seksyen 15, saya menggunakan kad debit Maybank. Saya hanya mengisi RM30 kedalam tangki, bila saya cek dalam akaun jumlah yang ditolak ialah RM200.

Selain di CIMB bank, saya juga membuat aduan di Bank Islam. Apa yang saya persoalkan ialah, ada atau tidak keadilan dalam undang-undang di Malaysia. Ini kerana kesilapan melambatkan duit saya tidak dikenakan sebarang tindakan atau gantirugi.

Saya pernah terlambat membayar bil Astro lalu dikenakan denda RM10 dari bil RM50. Ini bermakna denda ialah 20% kerana lewat 10 hari. Bayangkan kalau saya mendapat hak kerana duit saya dilewatkan. RM1500 dalam masa sebulan. Kecuaian bank nampaknya tidak dianggap salah oleh sesiapa sementara kelewatan individu dianggap sebagai kesalahan besar.

Seorang kawan pernah menaiki kereta dari Bandar Sri Putra ke tol Bangi, kadar biasa ialah RM1.40 sahaja, tiba-tiba dia kehilangan tiket dan diminta untuk membayar tol dari Johor berjumlah sekitar RM50.00 (saya lupa). Sedangkan kesalahan plus pernah berlaku keatas saya bila palangnya rosak, tol saya yang menggunakan smart tag sepatutnya dipotong RM1.40 tetapi habis duit didalam akaun smart tag dikebas. Selepas membuat aduan, didapati sistem mereka rosak dan duit akan dibayar dalam masa dua minggu. Lihat, bagaimana berkuasanya institusi di Malaysia dan betapa teranyanya seseorang individu.

Semua yang dilakukan oleh institusi adalah benar dan tidak dikenakan sebarang tekanan, semenatara individu akan dikenakan sebanyak mungkin denda, gantirugi dan sebagainya.

Cerita saya tentang kefasadan institusi di Malaysia tidak habis disini saja, masih ada perlakun jahat lain yang amat tidak berperi kemanusiaan. Ianya bukan kejaahatan individu, tetapi kejahatan institusi yang bererti ianya mewakili sekumpulan manusia.

Pada suatu malam saya pergi kesebuah klinik untuk membeli ubat. Saya tidak mahu menggunakan duit syarikat tempat saya bekerja kerana menganggap ubat itu murah dan saya telah biasa membelinya di farmasi. Tapi malam itu farmasi tutup. Setelah diberikan ubat, saya terkejut dengan resit kerana mengandungi yuran konsultasi doktor. Saya tak bersetuju dan bertanya mengapa fee ini ada sedangkan saya hanya membeli. Jawapannya ialah’ ini yang biasa dibuat disini’. Saya kata, tidak boleh! ini termasuk memakan harta orang tanpa kebenaran dan haram hukumnya. Seperti biasa nurse yang setia itu marah-marah dan tidak mengembalikan duit baki saya yang secukupnya. Ya RM10 itu tidak halal bagi mereka. Tapi kemana rakyat harus mengadu?? Saya pun tidak tahu.

Disebuah pusat pengajian tinggi pula, ada menyediakan internet secara wireless, apabila pelajar mendaftar maka yuran internet pun diambil secara automatik sedangkan internet tersebut tidak dapat digunakan oleh pelajar.

Banyaknaya kedurjanaan institusi yang perlu diperbetulkan, dalam situasi undang-undang yang menganggap rakyat bersalah sementara institusi tidak bersalah. Bila rakyat tersalah mereka akan disaman dan didenda manakala bila institusi bersalah maka mereka akan dibiarkan…sekian.

Pandangan anda dihargai