Peperangan Badar al Kubra

Peperangan badar berlaku pada 17 Ramadan pada tahun ke dua hijrah. Peristiwa peperangan Badar seperti juga setiap detik dari kehidupan Baginda s.a.w mengandungi 1001 macam pengajaran berguna buat manusia.

Disinilah terserlahnya rahsia pengutusan rasul dari kalangan manusia sendiri. Kalau nabi tu malaikat, sudah tentu baginda tidak perlu berperang atau bersusah payah mengatur strategi dan merancang segala macam taktik bagi mengalahkan musuh.

Lihatlah, walaupun baginda merupakan seorang rasul yang menerima wahyu, tapi baginda mengatur strategi perang dan melakukan persediaan sebelum berperang. Dalam semua keadaan ini baginda bermusyarat dengan sahabat baginda s.a.w. Jika difahami sekali imbas, mengapa pula baginda bertanya kepada sahabat tentang langkah menghadapi musuh? Bukankah baginda ada wahyu yang memandu dan mengajar? Mengapa allah tidak turunkan arahan dalam memandu mereka dalamsetiap pergerakan dan langkah? Bukankan inilah saat genting umat Islam menghadapi musuh?

Tidak kurang juga dikalangan pencinta Islam yang menjadikan peristiwa Badar sebagai hujjah untuk menolak keterlibatan dalam sistem demokrasi. Kata mereka ‘Islam tidak mementingkan bilangan, lihatlah bilangan orang Islam dan kafir dalam peperangan itu. Islam mementingkan kualiti, sementara kuantiti itu tidak penting.

Dengan membuat kesimpulan mudah itu tadi pihak ini mengistiharkan perang kepada gerakan yang menggunakan demokrasi sebagai jalan untuk menyampaikan apa yang dirasakan baik oleh mereka. Apa yang saya dapat simpulkan ialah mudahnya sesetengah orang membuat kesimpulan dalam perkara agama. Apabila mereka telah mempunyai pendirian tertentu, maka setiap berita dan ceita yang diraskan sesuai untuk menyokong hujah mereka akan disorotkan sebagai dalil…alangkah perlunya umat ini pada tajdid dan kupasan berkecuali…semoga dapat dilanjutkan lagi perbincangan ringkas ini.

Pandangan anda dihargai

Munafik
Soalan:
Apakah tindakan yang nabi s.a.w. ambil terhadap orang-orang munafik?
Tidak terdapt sebarang berita menunjukkan nabi mengambil tindakan terhadap orang-orang munafik. Bahkan Bukhari dan Muslim meriwayatkan bagaimana Khalid al Walid mahu menghukum orang yang bercakap secara biadab dengan nabi (sifat munafik) tetapi nabi mengatakan bahawa dia tidak diutuskan untuk membelah dada manusia.
Apakah yang dapat difahami daripada tindakan nabi?
1-Nifaq adalah amalan hati, hukuman keduniaan mestilah didasarkan kepada kesalahan yang zahir. Jika mereka menjadi tali barut musuh misalnya barulah mereka dihukum dengan kesalahan tersebut, bukan kerana nifaq. Orang kafir pun tidak dihukum kerana kekufuran mereka.
2-Jika Rasulullah s.a.w.membunuh atau menghukum orang-orang munafik, perbuatan itu akan dijadikan alasan kepada orang-orang politk untuk meghapuskan musuh politik mereka, ini kerana kebencian kaum munafik terhadap rasulullah s.a.w agak kabur dari sudut tindakan mereka. Kalau tidak kerna panduan wahyu maka agak sukar untuk mendedahkannya.
3-Saya juga berpendapat, nabi s.a.w.ingin menjelaskan bahawa golongan munafik adalah lumrah yang akan tetap wujud di setiap zaman. Mereka adalah musuh dalam selimut yang perlu ditangani secara diplomasi, rakyat umum susah untuk membezakan mereka lantaran sifat mereka yang lunak bermain kata-kata. Menggunakan kekerasan akan mengganggu saf Islam itu sendiri.
Saya tertarik dengan kata-kata Ramadan al Buti bila beliau berkata lebih kurang maksudnya: Nifaq adalah fenomena alam yang akan tetap berlaku. Dalam mana sahaja persatuan atau perkumpulan maka ada tiga jenis manusia.
1- orang-orang yang benar-benar ikhlas memperjuangkannya.
2-orang yang benar-benar menentangnya
3- orang yang munafik yang mencari peluang dari kedua-dua pihak.
Munafik dalam Istilah Dr Buti tidak semestinya ketahap munafik yang dibincangkan diatas.