Dr Yusor Qardawi di Putrajaya

Pagi tadi alhamdulillah sempat saya meluangkan masa kePICC Putrajaya mendengar muhadarah dari Dr Qardawi. Em hadirin taklah ramai sangat tapi saya faham program agama dan ilmiah memang kurang hangat.

Bila saya dengar, saya dapat kesan sesuatu dari ucapan beliau, saya liahat Dr Yusuf amat prihatin dengan kedudukan orang yang di hadapinya. Beliau bercakap dengan cara mudah dan menggunakan teknik yang mudah, banyak menggunakan tafsiran ayat dan hadis sahaja. Kalau dibandingkan dengan ucapan beliau kepada golongan cedikiawan ditanah arab yang menggandungikaedahsyarak dan lojik yang agak tinggi.

Antara isi ucapan beliau yang pening ialah bila beliau mengajak umat Islam di Malaysia berjihad. Jihad dalam ertikata yang lebih luas iaitu jihad menyebarkan Islam kepada bukan Islam. Beliau mengajak umat Islam malaysia untuk bangkit demi mempertahankan kedaulan agama dan negara.

Selain itu Dr Qardawi juga mengulas bahawa jihad dalam Islam bukanlah serangan umat Islam pada bangsa lain, tetapi jihad mempertahankan Islam dan jihad demi mempertahankan hak kebebasan untuk manusia. pada dasarnya isi syarahan Dr Yusuf Qardawi adalah sebahagian daripada isi kandungan buku terbaru beliau berjudul Fiqhul Jihad.

Mudah-mudahan aliran pemikiran beliauyang sederhana berkembang di Malaysia dan tersebar dikalangan masyarakat amin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *