Fatwa Poco-poco fenomena kekacawan umat??

Fatwa Poco-poco fenomena kekacawan umat??

Media dari segala jenis membuat laporan fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang menegaskan tarian Poco-poco tidak haram, jika tidak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam. Terdahulu, Mufti Perak telah mengeluarkan Fatwa pengharaman.

Dengan berlakunya percanggahan ini kedengaran desas desus mesyarakat samada melalui tulisan-tulisan di internet atau sembang-sembang dan tidak kurang juga yang mengajukan pertanyaan melalui telefon. Rata-rata memandang serong kepada salah satu pihak yang bercanggah.

Melihatkan situasi ini teringat pula kepada satu artikel yang baru sahaja say abaca beberapa hari lepas, artikel yang sangat bernas http://www.binbayyah.net/portal/tasrehaat/434 menceritakan keluhan Naib Presiden Persatuan Ulamak Dunia, Abdullah bin Bayyah tentang kecelaruan fatwa di zaman ini.

Beliau menyifatkan kecelaruan ini sama keadaannya dengan kecelaruan umat Islam samada dalam aspek akhlak, ekonomi dan politik. Sebagai salah satu komponen masyarakat, institusi fatwa tidak terlepas dari kecelaruan ini.

bersambung…

Pandangan anda dihargai

2 thoughts on “Fatwa Poco-poco fenomena kekacawan umat??”

  1. Avatar

    Memang secara kasarnya kita orang biasa bercelaru disebabkan para ulamak bercanggah pendapat diantara halal dan haram dalam issue tarian poco poco. Saya rasa disinilah peranan para cendiakawan dan ahli akademik jurusan agama untuk menerangkan tentang perbezaan ini supaya orang awam akan fahami mengapa terdapat perbezaan tersebut terutama dalam 1 negara Malaysia yang mempunyai 14 majlis fatwa negeri dan 1 majlis fatwa kebangsaan. Pada pendapat saya ( tolong betulkan kalau saya silap ) perbezaan hukum ini bukan perkara baru. Kalau kita lihat mazhab yang 4 pun banyak perbezaan Dari segi hukum. Jadi tidak boleh dikatakan satu betul satu salah. Masing masing mesti ada hujah yang berdasarkan AlQuran , hadith , qias dsb.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *