Jemaah Tabligh Sesat? (3)

Dalam entry lepas sya telah menyebut bahawa Gerakan Tabligh bukanlah kumpulan sesat tetapi saya menganggap kesilapan yang ada dan dilakukan adalah kelemahan yang boleh dan patut diperbaiki.

Namun demikian ada juga sahabat pembaca yang nampaknya kurang senang dengan istilah ‘kelemahan’. Lalu ada beberapa persoalan diajukan kepada saya . Soalan-soalan itu menarik perhatian saya dan saya memilih untuk membincangkannya dalam entry ini, saya tidak menjawabnya dalam ruangan komen.

Sebelum menjawab soalan dan komen , saya mahu katakan bahawa dari satu sudut ,menegur memangnya mudah tetapi yang payahnya ialah menerima teguran apatah lagi mengubah dan melaksanakan cadangan dan teguran. Walaupun begitu, ini tidak bermakna sifat mengkritik, menegur dan mencadangkan perlu dihapuskan dalam hidup kita, bahkan sifat ini penting sekali bagi menjamin berterusannya penambah baikan terhadap apa sahaja yang kita lakukan.

Syarikat-syarikat perniagaan melihat teguran dan cadangan sebagai sesuatu yang amat berharga untuk syarikat mereka lalu mereka menyediakan kemudahan untuk menyampai menyalur dan memproses setiap kritikan dan cadangan.

Antara jawapan yag saya terima ialah:

“nak tanya ustaz pernah keluar ke? 3 hari? 40 hari? 4 bulan?”

memang kalau saya bercakap dan berbincang dengn ahli kumpulan ini, mereka akan mengajukan persoalan ini, apa yang saya dapat faham ialah kalau anda tidak keluar maka anda jangan komen. Tapi hakikatnya saya sendiri pernah terlibat semasa diluar negara bahkan saya menjadi penceramah selepas solat maghrib, disebabkan saya tidak mengulang-ulang perkara yang sama maka ahli yang hadir ada yang tidak senang hati.

Antara komen yang menarik ialah tentang kritikan saya terhadap penggunaan cerita-cerita yang saya anggap dongengan.

Sahabat pembaca menjawab:

p/s kalau burung tak mukallaf nape ada citer pasal burung hud-hud yang membawa kepada dakwah nabi sulaiman ke ratu saba’

Jawapan saya ialah:
Persoalan burung hud-hud tak jadi masaalah, kerana ianya diceritakan oleh alquran. Quran menceritakan bahawa bahawa burung hud-hud membawa perkhabaran kepada nabi Sulaiman, bukannya burung hud-hud pergi berdakwah. Dia hanya menceritakan apa yang dia lihat. Dapat berinteraksi dengan binatang adalah mukjizat nabi Sulaiman.

Sahabat pembaca menyatakan:

satu lagi :
hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah :saw bersabda :

“Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…” [Lihat juga Tafsir al-Munir, Wahbah al-Zuhaili, 9/93].

boleh gak bukak web kerajaan ni:
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=1322

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Penjahat Kecil
Hadith :
Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqas) r.a katanya:”Sesungguhnya nabi s.a.w telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya ‘si penjahat kecil’.

(Muslim)

Jawapan saya ialah:

Dalam komen saya, saya tidak menyatakan cerita cicak tetapi saya menyatakan cerita burung dizaman nabi Ibrahim dalam versi penceramah yang menggambarkan bahawa binatang memadamkan api yang disediakan untuk membakar nabi Ibrahim.

Saya mengkritik penceritaan ini yang menggambarkan seolah-olah binatang adalah mukallaf. Memang hadis diatas menceritakan tentang cicak. Namun demikian hadis cicak yang membantu untuk menyalakan api bagi nabi Ibrahim adalah hadis sahih dalam sahih bukhari dan Muslim.

Namun demikian hadis ini mempunyai beberapa masaalah yang perlu difahami lebih lanjut. Insyaallah saya akan kupas dalam entry akan datang.

3 thoughts on “Jemaah Tabligh Sesat? (3)”

  1. Avatar

    salam ustaz.
    1. mungkin yang komen tu bukan pasal tak leh terima teguran tapi mempersoalkan fakta yang dibuat tanpa penyelidikan atau sandaran yang kukuh. pasal jemaah tabligh ni bukan parti politik yang boleh dikomen hanya berdasarkan presepsi. lagi la kalau yang komen tu pensyarah. kalau orang awam mungkin boleh la cakap guna hearsay kan.

    2. bab mukallaf ni saya kurang paham la. kalau dah hadith sahih kata semua yang melata cuba tolong kecuali cicak. memang la tak citer burung tapi bukan difikuskan kat cicak. "KECUALI" maksudnya yang lain pun tolong gak kan. pa beza ngan burung tu? lagi satu muharam ni bayak citer pasal labah2 tolong nabi buat sarang depan gua, burung merpati buat sarang, diorang pun bukan mukallaf gak??

    satu yang saya nampak kat m'sia ni paling ramai ustaz2 yang tak setuju ngan jemaah tabligh. tak tau nape. mungkin jemaah tabligh m'sia yang tak betul or ustaz2 kat m'sia susah nak terima buat kerja agama tanpa bayaran he he

  2. Avatar

    yang kurang faham tu nanti kita terangkan mudahan dapat kongsi setakat mampu,

    adapun sesuatu yang ditolak oleh ustaz2 mungkin agak menarik,kerana mungkin mereka nampak apa yang orang tak berilmu tak nampak,

    pasal tak terima komen tak jadi masaalah, saya hanya melontarkan pendapat saja, tak terima pun tak jadi masaalah, idea-idea yang saya lontarkan untuk di bincangkan bukan hukuman, fatwa atau paksaan kepada sesiapa.

    semua yang kita buat didunia ni ada kekuranggannya, itu saja, kalau kita mendakwa kita dah sempurna maka itu tak tepatlah.

  3. Avatar

    ttg bayaran tu bukan tanda betul ke tidak sesuatu ajaran, ajaran sesat pun ada yang tak ambil bayaran, tapi itu bukannya tanda ajaran mereka betul.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *