SEJENAK MENGIMBAS DIRI

Ukhuwwah adalah sebuah kata keramat yang sering dilaungkan lantaran keagungan dan kehebatannya dalam menggapai sebuah kejayaan. Dan kejayaan hakii itu pula tidak pernah berlaku untuk indiviu secara terpisah tanpa disertai dengan kejayaan ikhwah yang lain. Lantaran itu, setiap sarjana dan manusia agung tidak sekian kali meninggalkan catatan yang cuba untuk membina tembok keutuhan ukhuwah dengan berbagai ramuan dan resipi. Terakhir Hasan al Banna mengumpamakan ukhuwah dengan keimanan dan perpecahan pula ialah satu kekufuran.

Dalam suasana kerja yang terikat erat dengan keberkatan ilmu. Sudahtentu sekali kita adalah orang yang paling terkedepan untuk membuktikan dengan bahasa praktikal tentang suruhan ilmu itu sendiri dan antara tuntutan garapan ilmu itu adalah ukhuwah. Firman Allah dalam surah al anfal ayat 62-63 meletakkan kejayaan itu pada dua benda iaitu pertolongan Allah dan orang-orang beriman. Ayat ini juga mencabar dunia bahawa ramuan dan resepi lain untuk ukhuwah tidak akan berjaya menggabungkan hati hati manusia. Allahlah yang mennyatukanya atau dalam ertikata lain, dengan mengamalkan ajaran Allahlah terarahnya manusia dalam membentuk ukhuwah.

Senyum ketika bertemu, memberi dan menjawab salam, ucapan-ucapan tahniah dan penghargaan, ziarah menziarahi, membantu, soalt bejamaah, memberi makan dan sebagainya adalah gesaan-gesaan quran serta hadis yang jika dilihat tidak lain dan tidak bukan menjurus kearah mewujudkan perasaan saling hormat- menghormati dan cubaan dalam mengikat hati hati mukmin. Dalam suasana yang lebih hapir dengan kita di sini, kesediaan kita untuk memikul dan menjalankan misi bersama juga tidak terlepas dalam ertikata ukhuwah, sehingga sumbagan bulanan kita pada lajnah khairiah itu bukanlah besar dari segi jumlahnya tetapi besar dari segi menghidupkan ukhuwahnya.

Seringkali ukhuwah digambarkan dengan suasana harmoni, berlemah lembut dan bermaafan, namun itu semua sebenarnya tidak sedikitpun menafikan hak untuk menegur kesilapan , membetulkan yang bengkok dan menyatakan kebenaran. Sebagai manusia biasa kesalahan sering berlaku dalam menentukan tahap keseriusan samada ketika menegur atau ketika menerima teguran, bagaimanapun itu semua dineutralkan kembali dengan kembali kepada paksi ukhuwah. Lantaran itulah ukhuwah memerlukan cubaan demi cubaan dari kita semua untuk tidak sedikitpun merasa bosan dan berputus asa dalam meneruskan usaha membina keutuhan ukhuwah yang akhirnya menjadi sebuah mercu tanda keagungan insani.

TAARUF DIRI

Rosli Mokhtar,
Anak kelahiran Kg Pusu Tinggi, Jerteh, Terengganu pada tahun 1969.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh dan pendidikan menengah di Sek. Men. Agama al-Ittifakiah, Jerteh dari tahun 1982 hingga tahun 1984.
Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Sek. Men. Sultan Zainal Abidin, Batu Burok, Kuala Terengganu (1985-1988).
Seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di Univ. Hasan al-Thani, Mohammedia, Maghribi dari tahun (1989-1991), berpindah ke Univ. Muhamad V, Rabat, Maghribi dari tahun 1991 hingga 1994.
Kemudian beliau melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di universiti yang sama dalam jurusan Peng. Islam dengan pengkhususan Maqasid al-Syariah dari tahun 1994 hingga 1999.
Dalam tahun 2011, beliau mendapat Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA Muamalat) di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Kini, beliau menjawat jawatan sebagai pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sejak tahun 2002.
Antara karya yang telah dihasilkan selain kajian akademik ialah buku:
1. Maqasid al-Syariah: Hikmah di Sebalik Pensyariatan.
2. Sejarah Perkembangan Hadis.
3. Ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil.
4. Undang-undang Jenayah Islam.
5. Kerajaan Islam Sepanyol.
6. Asas-asas Berdakwah Ke Jalan Allah (Terjemahan: Dr. Hammam Said).
7. Atlas Sejarah Islam: Era Kegemilangan Andalusia.
8. Manusia dan Kebenaran (Terjemahan: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi).
9. Madkhal Ila ‘Ilmi Maqasid Al-Syari’ah.
10. Islam dan Keganasan (Terjemahan: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi).
11. Kesederhanaan Dalam Islam (Terjemahan: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi).
12. Kontrak Derivatif Dari Perspektif Islam.

TATKALA UMURKU 12 TAHUN

Gambar ini sebenarnya adalah gambar kelas Enam Teratai, gambar ni diambil pada tahun 1981 pada masa tu saya berumur 12 tahun. Inilah dia ahli kelas kami semuanya hebat-hebat belaka, cikgu-cikgu kami memang cikgu yang first class semuanya, mereka amat ikhlas dlm mengajar kami.

Sebab itu mereka marah dan pukul kami bila kami salah. Hasil pukulan itulah kami semua jadi manusia berguna. Sekalung doa buat cikgu-cikgu semua. Pahala jariah kami doakan untuk cikgu.