Peranan Pemimpin

Imam Bukhari meriwayatkan:

Abu Bakar masuk menemui seorang wanita daripada Ahmas bernama Zainab. Beliau melihat wanita itu tidak bercakap sepatahpun. Abu Bakar bertanya ‘ mengapa dia tidak bercakap?’ Para hadirin berkata: Beliau bertekad untuk tidak bercakap. Abu Bakar berkata: Bercakaplah, perbuatan ini tidak dibenarkan dalam Islam, perbuatan sebegini adalah amalan jahiliyah. Wanita itu pun berkata: Siapa kamu? Jawab Abu Bakar: Salah seorang dari muhajirin. Wanita itu bertanya lagi: Muhajirin mana? Jawab Abu Bakar: Dari kalangan Quraish. Tanya wanita itu lagi: Quraish mana? Jawab Abu Bakar: Kamu memang banyak bertanya. Aku sebenarnya Abu Bakar. Wanita itu bertanya lagi: Apakah yang menyebabkan kita masih berpegang dengan agama yang diturunkan oleh Allah setelah berlalunya zaman jahiliyah? Jawab Abu Bakar: Kamu dalam keadaan demikian selagimana pemimpin kamu di atas landasan yang benar. Wanita itu bertanya: Siapakah pemimpin kami? Kata Abu BAkar:Tidak adakah di kalangan kamu orang yang menyuruh dan melarang dan kata-kata mereka itu didengari? Jawab wanita: Ya. Kata Abu Bakar: Itulah pemimpin.

Pandangan anda dihargai

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *