2.41.5 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 40

يَٰبَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتِيَ ٱلَّتِيٓ أَنۡعَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ
وَأَوۡفُواْ بِعَهۡدِيٓ أُوفِ بِعَهۡدِكُمۡ وَإِيَّٰيَ فَٱرۡهَبُونِ.
Maksudnya:
Wahai Bani Israel ingatlah nikmat yang telah daku berikan kepada kamu, dan tepatilah janji mu kepada ku nescaya aku menepati janji ku kepadamu, dan kepadaku hendaklah engkau takut.

وَإِيَّٰيَ فَٱرۡهَبُونِ
Dan kepadaku handaklah kamu takut.

Struktur biasa bagi ayat begini ialah ‘takutlah kepadaku’, tetapi bagi menunjukkan seruan yang lebih tegas didahulukan perkataan ‘wa’iyyaya’ yang bermaksud ‘dan kepadaku’. Gaya Bahasa begini biasa digunakan didalam Bahasa Arab dan bayak kali digunakan di dalam al-Quran.

Dalam surah al-Fatihah Allah berfirman ‘iyyaka na’budu’ bermakksud hanya ‘engkau kami sembah’. Struktur kedua dua ayat ini adalah sama iaitu mendahulukan perkataan ‘iyya’.

Bani Israel zaman Firaun telah menunjukkan keberanian mereka apabila berani berkata di depan pemimpin yang zalim itu. Al-Quran meriwayatkan pendirian berani itu dengan firman Allah bermaksud:
“Kami tidak sekali-kali akan mendahulukan kamu berbanding keterangan yang jelas, dan agama fitrah ini. Oleh itu, hukumkanlah apa sahaja yang engkau hendak hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam kehidupan dunia ini sahaja. (Taha:72)

JIka sekiranya keberanian ini telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu, maka al-Quran mengajak Bani Israel di zaman nabi Muhammad s.a.w untuk takut hanya kepada Allah dan tidak takut kepada pemimpin dan pendita mereka, sebaliknya mereka perlu takut hanya kepada Allah semata-mata.

Isnin
1 Ramadan 1440
6 Mei 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz. 🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *