*2.42.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 41* .
وَءَامِنُواْ بِمَآ أَنزَلۡتُ مُصَدِّقٗا لِّمَا مَعَكُمۡ وَلَا تَكُونُوٓاْ أَوَّلَ كَافِرِۢ بِهِۦۖ
Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan yang membenarkan Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir kepadaNya.

وَءَامِنُواْ بِمَآ أَنزَلۡتُ
Berimanlah dengan apa yang aku turunkan..
Kata-kata ini merupakan peringatan kepada Bani Israel agar beriman dengan al-Quran kerana al-Quran adalah dari Allah, sementara Bani Israel telah bersumpah untuk menerima segala yang datang dari Allah.

Keimanan terhadap al-Quran sudah tentu menuntut mereka supaya beriman terhadap orang yang membawanya serta menuntut mereka untuk beriman terhadap seluruh ajaran kitab yang dipercayai itu.

al-Quran membenarkan Kitab yang ada pada kamu!!  Ayat ini memberitahu salah satu sifat al-Quran iaitu ia bukannya membawa sesuatu yang pelik dan tidak biasa didengari oleh Bani Israel tetapi apa yang dibawa oleh al-Quran ialah apa yang telah dipercayai oleh Bani Israel sebelum ini.

Al-quran membenarkan kitab-kitab yang dimiliki oleh Bani Israel seperti Injil, Taurat, Zabur dan lain-lain lagi. Kitab-kitab suci mereka itu mengandungi berita kenabian akhir zaman yang perlu diterima oleh Bani Israel.

Namun demikian ini tidak bermaksud al-Quran membenarkan penyelewengan yang telah berlaku dalam agama mereka. al-Quran mengakui ajaran yang ada didalam kitab mereka berkenaan risalah tauhid yang telah dibawa oleh nabi-nabi terdahulu serta gesaan mereka untuk mengamalkan segala sifat terpuji dan menjauh kan diri daripada segala sifat keji.

Selasa
2 Ramadan 1440
7 Mei 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz. 🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *