*2.42.2 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 41* .
وَءَامِنُواْ بِمَآ أَنزَلۡتُ مُصَدِّقٗا لِّمَا مَعَكُمۡ وَلَا تَكُونُوٓاْ أَوَّلَ كَافِرِۢ بِهِۦۖ
Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan yang membenarkan Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir kepadaNya

*”Janganlah kamu menjadi orang yang pertama kufur”*

Pemahaman terhadap al-Quran mestilah dilakukan secara teliti, sebarang kekeliruan yang timbul dalam memahami ayat-ayat Allah ini cuba dirungkaikan oleh para ulama.

Antara yang menjadi persoalan para ulama berkaitan ayat ini ialah mengapa Allah menggunakan larangan “janganlah kamu menjadi orang yang pertama kufur.

Secara literal larangan menjadi orang yang pertama kufur mungkin akan difahami, tidak salah jika menjadi orang yang kedua atau ketiga kufur. Sudah tentu maksud secara literal begini tidak dikehendaki oleh ayat.

Mengikut Ibnu Asyur maksud secara literal ini tidak dikehendaki kerana tidak ada gunanya melarang Bani Israel menjadi orang pertama kufur tetapi tidak mengapa jika mereka menjadi orang kedua atau ketiga.

Persoalan kedua ialah Bani Israel sememangnya bukanlah bangsa yang teralwal kufur tetapi orang-orang Arab Mekah telah kufur sebelum itu semenjak Nabi s.a.w. menyampaikan dakwah Baginda.

Dengan itu disebabkan oleh larangan seperti ini tidak berfaedah sama sekali maka perlu didapati makna lain yang mempunyai objektif yang tepat.

Oleh itu beliau mangatakan bahawa ayat diatas telah digunakan secara kiasan bagi menggalakkan Bani Israel menjadi orang yang beriman, dalam masa yang sama melarang mereka supaya jangan menjadi orang yang kufur.

Gaya persembahan bahasa seperti ini dinamakan sebagai al-Kinayah al-Talwihiyyah.

Rabu
3 Ramadan 1440
8 Mei 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz. 🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *