*2.42.4 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 41*
وَلَا تَشۡتَرُواْ بِايَٰتِي ثَمَنٗا قَلِيلٗا وَإِيَّٰيَ فَٱتَّقُونِ.
Janganlah kamu menjual ayat-ayat ku dengan harga yang murah, dan kepadaku hendaklah kamu takut.

Perbincangan tentang ayat ini membawa kepada perbincangan ulama berkaitan dengan hukum mengambil upah dalam mengajar al-Quran  serta mengajar subjek-subjek agama yang lain.

Mengikut Ibnu Asyur konteks perbincangan ayat ini sangat berbeza dan ayat ini tidak memaksudkan demikian. Namun demikian ulama tafsir telah membincangkannya sempena mereka menerangkan ayat ini.

Jumhur ulama berpandangan mengambil upah untuk megajar al-Quran dan subjek agama yang lain adalah harus hukumnya.

Perbincangan mengenai hukum mengajar ak-Quran ini membawa para ulama untuk membincangkan dalam masa yang sama hukum mengajar ilmu-ilmu Islam dan menjalankan tugas yang mengandungi ibadah seperti azan dan mengimamkan solat.

Kesimpulann yang diberikan oleh Ibnu Asyur ialah jumhur ulama berpandangan ianya harus. Mereka berpendapat, sekiranya harus mengambil upah untuk mengajar al-Quran maka untuk mengajar ilmu-ilmu lain itu lebih dibenarkan lagi.

Pandangan ini diutarakan oleh al-Hasan, Ata’, Ibnu Sirin, Malik, Syafie, Ahmad dan kebanyakan ulama lain. Pandangan ini disandarkan kepada hadis
إنَّ أَحَقَّ مَا أَخَذْتم عَلَيْهِ أَجْراَ كِتَاب الله
Bermaksud: Sesungguhnya sesuatu yang paling berhak untuk kamu mengambil upah ialah kitab allah.(Riwayat Bukhari)

Namun demikian terdapat sebahagian ulama yang berpandangan bahawa mengambil upah daripada mengajar al-Quran adalah haram kerana ia adalah perbuatan ibadah. Antara ulama yang berpandangan demikian ialah Ibnu Syihab, Abu Hanifah dan beberapa orang ulama lain. Mereka mengatakan bahawa mengajar adalah termasuk dalam perkara ibadah seperti solat dan puasa maka ia tidak dibenarkan.

Ibnu Asyur walau bagaimana pun menolak pandangan ini dan mengemukankan hujah-hujahnya bagi menyokong pandangan yang mengharuskan.

Jumaat
5 Ramadan 1440
10 Mei 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz. 🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *