*2.42.3 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 41* .
وَءَامِنُواْ بِمَآ أَنزَلۡتُ مُصَدِّقٗا لِّمَا مَعَكُمۡ وَلَا تَكُونُوٓاْ أَوَّلَ كَافِرِۢ بِهِۦۖ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِ‍َٔايَٰتِي ثَمَنٗا قَلِيلٗا وَإِيَّٰيَ فَٱتَّقُونِ ٤١

Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan yang membenarkan Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir kepadaNya,Janganlah kamu menjual ayat-ayat ku dengan harga yang murah, dan kepadaKu hendaklah kamu takut.

وَلَا تَشۡتَرُواْ بِايَٰتِي ثَمَنٗا قَلِيلٗا
Janganlah kamu menjual ayat-ayat ku dengan harga yang murah.

Larangan ini sekali lagi diberikan dalam bentuk kiasan, kerana menjual ayat disini bukan bermaksud jual beli yang hakiki. Sebaliknya adalah satu perumpamaan.

Begitu juga dengan perkataan “ayat-ayat ku” juga dikiaskan kepada ajaran dan agama Allah yang dibawa oleh nabi Muhammad saw.

Adapun larangan “menjual ayatku dengan harga yang murah” bukan bermaksud menjualnya dengan harga yang mahal adalah dibenarkan.

Maksud yang dikehendaki bukan begitu, kerana semua yang diambil hasil dari penyelewengan terhadap agama adalah murah dan sedikit disisi Allah berbanding dengan kejahatan yang dilakukan.

Larangan ini ditujukan kepada ulama Bani Israel agar mereka tidak menunjukkan penentangan terhadap dakwah nabi Muhammad saw sedangkan mereka adalah golongan berpengaruh di dalam masyarakat ketika itu. Sikap ini telah diambil oleh golongan ulama Bani Israel kerana mereka bimbang jika mereka menyatakan sokongan terhadap dakwah nabi Muhammad saw berkemungkinan mereka akan disingkirkan oleh masyarakat Yahudi. Mereka memilih untuk menunjukkan penentangan atau mereka berdiam diri tidak menyatakan kebenaran yang diketahui.

Khamis
4 Ramadan 1440
9 Mei 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz. 🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *