*2.43.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 42*
وَلَا تَلۡبِسُواْ ٱلۡحَقَّ بِٱلۡبَٰطِلِ وَتَكۡتُمُواْ ٱلۡحَقّ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar padahal kamu semua mengetahuinya.

Setelah memberi amaran kepada Bani Israel terhadap kejahatan yang mereka lakukan, kini Allah mengingatkan pula mereka agar tidak menyesatkan orang lain.

Perbuatan mencampur adukkan kebenaran dengan kebatilan akan mengelirukan masyarakat seterusnya perbuatan itu boleh mempengaruhi orang lain untuk terjerumus kedalam kekeliruan yang mereka alami.

Salah satu keadaan berlakunya kesesatan ialah pihak yang menyebarkannya itu sengaja menyebarkan perkara yang salah tapi dalam bentuk yang disangka benar oleh orang lain.

Firman Allah bermaksud:
Dan demikianlah juga  ketua-ketua yang orang-orang musyrik itu jadikan sekutu bagi Allah, menghasut kebanyakan dari mereka dengan kata-kata indah yang memperlihatkan eloknya perbuatan membunuh anak-anak mereka, untuk membinasakan mereka, dan untuk mengelirukan.
Surah Al-An’am:137

Ibnu Asyur menyifakan penyelewengan dalam agama kebanyakannya berlaku dalam bentuk penyebaran perkara yang salah samada dalam bentuk kepercayaan atau amalan. Perkara salah itu digambarkan sebagai perkara yang benar.

Antara contoh yang boleh diberikan ialah apabila Rasulullah saw wafat, ada dikalangan orang Arab yang enggan membayar zakat atas dakwaan kita hanya dituntut membayar zakat kepada Rasulullah saw dan kewajipan itu tidak lagi dikenakan setelah baginda tiada.

Begitulah juga kekeliruan yang sering disebarkan oleh orang-orang munafik dan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sabtu
6 Ramadan 1440
11 Mei 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz. 🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *