*2.46.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 45*

وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَٰشِعِينَ

Beramallah dengan sabar dan solat sesungguhnya ia adalah sesuatu yang berat kecuali kepada orang-orang yang khyusu’.

Seruan ini ditujukan oleh Allah kepada Bani Israel agar mereka mempraktikkan segala sifat-sifat mulia dan meninggalkan sifat-sifatnya tercela.

Ketikamana seruan itu menjadi tersangat berat kepada Bani Israel disebabkan oleh berlalunya masa yang lama dengan situasi mereka yang tersasar dari jalan yang benar, maka al-Quran memberikan kepada mereka dua penawar dalam menangani penyakit tersebut.

Pertama sabar dan kedua solat. Gesaan agar mereka bersabar adalah merupakan satu tindakan yang perlu bagi menangani keadaan mereka yang telah sebati dengan penyelewengan yang diwarisi turun-temurun, berserta jiwa-jiwa yang telah lemah dari memikul tanggungjawab. Sabar adalah penawar berkesan untuk itu.

Seruan untuk solat pula merupakan satu motivasi penting bagi menunjukkan rasa kepercayaan terhadap mereka dan ini merupakan salah satu bentuk motivasi yang amat halus seninya. Seruan mengerjakan solat di sini merupakan galakan kepada mereka, seterusnya dapat menimbulkan rasa dihargai dan dipercayai untuk bersemangat dalam memikul tugas penting itu.

Selasa
9 Ramadan 1440
14 Mei 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz. 🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *