*2.46.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 45*

وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَٰشِعِينَ
Beramallah dengan sabar dan solat sesungguhnya ia adalah sesuatu yang berat kecuali kepada orang-orang yang khyusu’.

*Sabar*
Ibnu Asyur merujuk kepada penulisan Imam al-Ghazali dalam mengupas tentang sabar. Di dalam kitab Ihya Ulumiddin al-Ghazali menerangkan bahawa sabar ialah tetap dalam melakukan sesuatu walaupun terpaksa menolak tuntutan nafsu.

Sabar juga bermakna sanggup berdepan dengan sesuatu yang tidak disukai oleh diri demi mendapat sesuatu kebaikan, ganjaran pahala.

Ia juga bermakna sanggup untuk tetap dalam mendepani sesuat cabaran yang berat kerana tidak mampu untuk mengubah keadaan yang ada.

Sabar ialah rela menerima apa yang dihadapi dan dalam masa yang sama tidak mengeluh dan menyesali situasi yang dihadapi itu.

Sabar yang paling ringan ialah sabar untuk berdepan dengan sesuatu yang tidak boleh diubah sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Sesungguhnya sabar itu pada permulaan musibah. (Bukhari,Muslim)

*Solat*
Yang dimaksudkan dengan solat dalam ayat ini ialah solat sepertimana yang diketahui umum pada hari ini. Solat mengandungi pujian dan sanjungan kepada Allah. Ayat diatas merupakan suruhan untuk beriltizam dengan sabar dan solat, dan keduanya merupakan amalan yang terpenting dalam hidup muslim.

*Khusyu’*
Solat yang berat itu tidak mampu didirikan dengan sempurna kecuali oleh orang-orang yang khusyuk. Khusyu’ bermaksud tunduk dan ia adalah kiasan kepada hati yang tunduk kepada Allah semata-mata dan tidak terpedaya dengan ajakan dunia.

Rabu
10 Ramadan 1440
15 Mei 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz. 🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *