*TADABBUR WAHYU SIRI 200*

*2.48.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 47*

يَٰبَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتِيَ ٱلَّتِيٓ أَنۡعَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ وَأَنِّي فَضَّلۡتُكُمۡ عَلَى ٱلۡعَٰلَمِينَ 
MAksudnya:

Wahai Bani Israel! Ingatlah nikmat-nikma yang telah Aku kurniakan kepada kamu, dan bahawasanya Aku telah melebihkan kamu berbanding sekelian alam.

Seruan terhadap Bani Israel diulang sekali lagi setelah disebut sebelum ini. Pengulangan ini bertujuan untuk menegaskan seruan kepada mereka agar mengingati nikmat.

Nikmat Allah yang telah mereka kecapi sangat banyak, dengan penegasan ini diharapkan mereka dapat mensyukuri nikmat Allah dengan mereka mempraktikkan segala tuntutan agama yang disampaikan oleh rasulullah s.a.w.

Seruan pertama terhadap Bani Israel kelihatan lebih umum berbanding ayat ini yang memperincikan sedikit tentang nikmat yang telah diterima oleh mereka.

Seruan yang umum itu bertujuan untuk mengisyaratkan kepada kedudukan Bani Israil yang terlebih dahulu telah mengetahui tentang berita kedatangan rasul akhir zaman.

Selain itu pengalaman nenek moyang mereka yang telah biasa menerima kedatangan rasul juga menjadi faktor penting mengapa mereka diberikan keutamaan.

Disebabkan mereka telah mendapat nikmat yang banyak maka mengingati nikmat itu pula adalah penting bagi menjelmakan kemuliaan tuhan serta memupuk kesyukuran bagi mereka atas kurniaan nikmat-nikmat tersebut.

Di dalam ayat 40 Allah menyuruh Bani Israel mengingati nikmat yang telah Allah berikan kepada mereka, sementara di dalam ayat 47 ini disebut bahawa Allah telah memuliakan mereka berbanding sekelian Alam. Inilah antara nikmat Allah terhadap Bani Israel, mereka pernah menjadi bangsa yang mulia satu ketika dahulu.

Jumaat
12 Ramadan 1440
17 Mei 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz. 🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *