*2.49.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 48*
وَاتَّقُوا يَوْمًا لَّا تَجْزِي نَفْسٌ عَن نَّفْسٍ شَيْئًا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَاعَةٌ وَلَا يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ (48)
Dan takutlah kamu hari yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain sedikitpun, dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka tidak akan diberi sebarang pertolongan.

Allah swt menggesa agar manusia takut kepada kesusahan yang akan berlaku pada hari kiamat dimana pada hari tersebut tidak ada seorang pun yang boleh membuat keputusan sesuka hati tanpa keizinan dari Allah.

Pemberitahuan ini menyangkal kepercayaan mereka yang beriktikad bahawa apa yang mereka puja akan mampu memberi manfaat kepada mereka di hari akhirat.

Ayat ini memberikan perincian tentang bagaimana manusia cuba melepaskan diri dari kesusahan tetapi di hari akhirat semuanya mestilah dengan izin Allah.

Cara pertama ialah dengan syafaat. Yang dimaksudkan dengan syafaat ialah seseorang itu meminta pengampunan dan pahala dari Allah, apabila ditolak, maka ada orang lain yang cuba meminta untuk pihaknya.

Cara kedua ialah dengan apa yang dipanggil “adl” atau tebusan. Manusia biasanya akan meminta untuk memberikan sesuatu yang dianggap berharga demi mendapatkan apa yang dihajati oleh dirinya.

Cara ketiga ialah bagaimana manusia di dunia ini boleh untuk memberi pertolongan kepada seseorang yang mereka kehendaki, samada dengan tenaga, idea atau pertolongan yang berbentuk harta benda.

Semua itu adalah usaha dan ikhtiar di dalam hidup di dunia tetapi di akhirat ia hanya anugerah Allah dan pemberian mutlak milikNya.

Sabtu
13 Ramadan 1440
18 Mei 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz. 🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *