*TADABBUR WAHYU SIRI 202*

*2.50.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 49*
وَإِذۡ نَجَّيۡنَٰكُم مِّنۡ ءَالِ فِرۡعَوۡنَ يَسُومُونَكُمۡ سُوٓءَ ٱلۡعَذَابِ يُذَبِّحُونَ أَبۡنَآءَكُمۡ وَيَسۡتَحۡيُونَ نِسَآءَكُمۡۚ وَفِي ذَٰلِكُم بَلَآءٞ مِّن رَّبِّكُمۡ عَظِيمٞ
Dan (ingatlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan tenteranya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang dahsyat; mereka membunuh anak-anak lelaki kamu dan membiarkan anak-anak perempuan kamu hidup, kejadian itu adalah bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.

Beberapa ayat sebelum ini menyeru agar Bani Israel mengingati nikmat Allah yang telah diberikan kepada mereka. Bermula daripada ayat 49 ini surah al-Baqarah secara terperinci telah menyebut satu persatu nikmat-nikmat itu.

Nikmat yang pertama disebut ialah nikmat terlepas daripada penjajahan, penyiksaan dan pembunuhan yang telah dilakukan oleh firaun.

Agak menarik disini apabila Allah s.w.t menggunakan perkataan kamu iaitu ‘ingatlah nikmat yang telah aku berikan pada kamu’ sedangkan nikmat yang berlaku dan disebut disini adalah sejarah yang telah berlaku lebih seribu tahun yang lampau.

Ketika mana al-Quran di turunkan kepada Rasulullah s.a.w. Bani Israel yang ada bersama Baginda s.a.w tidak pernah menyaksikan kekejaman Firaun kerana masa yang berlalu telah begitu lama.

Namun demikian al-Quran menggunakan ganti nama kedua iaitu ‘kamu’ apabila merujuk kepada nikmat yang telah diberikan kepada nenek moyang mereka.

Mengikut Ibnu Asyur, gaya bahasa ini digunakan kerana nikmat yang telah dikecapi oleh nenek moyang terdahulu itulah yang dikecapi oleh generasi sekarang.

Ini kerana pembebasan Bani Israel dari cengkaman Firaun telah menjadikan Bani Israel yang ada pada hari ini terus mengecapi nikmat kemerdekaan.

Jika Allah tidak membebaskan nenek moyang mereka dari penjajahan, nescaya mereka juga akan berada dalam situasi tersebut.

Ahad
14 Ramadan 1440
19 Mei 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz. 🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *