*2.51.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 50*

وَإِذۡ فَرَقۡنَا بِكُمُ ٱلۡبَحۡرَ فَأَنجَيۡنَٰكُمۡ وَأَغۡرَقۡنَآ ءَالَ فِرۡعَوۡنَ وَأَنتُمۡ تَنظُرُونَ

Dan ingatlah ketika kami belahkan laut  untuk kamu, maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan pasukan Firaun, sedang kamu semua menyaksikannya.

Nikmat Allah yang seterusnya terhadap Bani Israil ialah nikmat pertolongan ketika berdepan dengan suasana getir apabila mereka dikejar oleh Firaun dan tenteranya.

Pada masa tidak ada harapan lagi harapan bagi Bani Israel untuk terlepas, tiba-tiba Allah telah mengarahkan nabi Musa untuk memukul tongkatnya pada laut dan ketika itu terbelah laut menjadi laluan yang selamat bagi Bani Israel.

Melihatkan keadaan ini Firaun dan tenteranya turut serta melalui laluan tersebut, namun ketika mereka masih berada di pertengahan perjalanan, air laut yang tadinya terbelah kini bercantum semula.

Bani Israel betul-betul melihat kebesaran Allah di hadapan mata mereka sendiri. Mereka melihat bagaimana musuh yang selama ini membawa kesengsaraan kepada mereka telahpun musnah dengan begitu mudah.

Bani Israel sendiri tidak pernah terbayang bagaimana mahu melepaskan diri dari cengkaman firaun dan tenteranya.

Bagi menjelaskan dengan lebih mendalam betapa besarnya nikmat Allah kepada Bani Israel, Allah tidak menyebut di dalam ayat ini bahawa Allah telah menenggelamkan Firaun. Al-Quran menyebut bahawa Allah menenggelamkan ‘ ala Firaun’ yang bermaksud pasukan Firaun.

Ini bagi memberi makna yang lebih mendalam terhadap nikmat Allah kepada Bani Israil kerana selama ini pasukan itulah yang telah menyebabkan Firaun berani untuk bertindak terhadap Bani Israel. Dan pasukan itulah yang telah menjadi jentera bagi merealisasikan segala kehendak Firaun dalam mencengkam mereka.

Isnin
15 Ramadan 1440
20 Mei 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz. 🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *