*TADABBUR WAHYU SIRI 206*

*2.54.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 54*

وَإِذۡ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوۡمِهِۦ يَٰقَوۡمِ إِنَّكُمۡ ظَلَمۡتُمۡ أَنفُسَكُم بِٱتِّخَاذِكُمُ ٱلۡعِجۡلَ فَتُوبُوٓاْ إِلَىٰ بَارِئِكُمۡ فَٱقۡتُلُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ عِندَ بَارِئِكُمۡ فَتَابَ عَلَيۡكُمۡۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: ” Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”.

Nikmat seterusnya ini merupakan nikmat syariat yang diringankan setelah mana Allah menurunkan syariat yang berat terhadap Bani Israel.

Syariah yang berat itu pada asalnya telah dikenakan kepada Bani Israel setelah mereka bertindak menyembah berhala berupa anak lembu. Sehubungan dengan itu Allah menyuruh mereka bertaubat dengan membunuh diri.

Lalu Allah Subhanahu Wa Taala mengampunkan kesalahan mereka dan syarat bertaubat dengan membunuh diri telah dibatalkan.

Cara Allah mengampunkan dosa hambanya berkemungkinan dengan mengelakkan mereka dari di azab di hari akhirat walaupun telah ditimpa azab didunia.

Nikmat Allah juga mungkin sahaja berupa pengampunan di hari akhirat dan pengecualian dari dikenakan hukuman azab dan siksaan di dunia ini.

Khamis
18 Ramadan 1440
23 Mei 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz. 🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *