*TADABBUR WAHYU SIRI 210*

*2.58.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 58*
إِذْ قُلْنَا ادْخُلُوا هَٰذِهِ الْقَرْيَةَ فَكُلُوا مِنْهَا حَيْثُ شِئْتُمْ رَغَدًا وَادْخُلُوا الْبَابَ سُجَّدًا وَقُولُوا حِطَّةٌ نَّغْفِرْ لَكُمْ خَطَايَاكُمْ ۚ وَسَنَزِيدُ الْمُحْسِنِينَ 

Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: “Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ‘ Ya Allah ampunilah dosa kami ‘; supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik”.

Menurut Ibnu asyur ayat ini menceritakan sebahagian daripada peristiwa yang telah pun diketahui oleh Bani Israel secara meluas melalui kitab suci mereka.

Pada pandangan beliau ayat ini menceritakan bagaimana Bani Israel telah disuruh oleh Allah untuk membuka tanah suci yang dijanjikan oleh Allah kepada mereka.

Peristiwa ini berlaku 2 tahun selepas Bani Israel keluar dari bumi Mesir.
Dalam misi pembukaan ini nabi Musa telah melantik 12 orang tentera peninjau yang bertugas untuk merisik maklumat dan mendapatkan data-data yang diperlukan.

Termasuk di kalangan 12 orang tentera perisik itu dua lelaki yang bernama Yusya’ dan Khalib. Bandar yang menjadi Sasaran mereka pula ialah bandar Hebron.

Setelah dapat masuk ke bandar tersebut, askar perisik mendapati bandar tersebut dipenuhi dengan segala macam kemudahan, nikmat dan rezeki yang melimpah ruah.

Mereka membawa balik beberapa jenis makanan sebagai bukti laporan mereka tentang keadaan di sana. Mereka kembali selepas 40 hari berada di sana. Laporan ini diberikan kepada Nabi Musa Nabi Harun dan seluruh Bani Israel. (bersambung)

Isnin
22 Ramadan 1440
27 Mei 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur
Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *