*TADABBUR WAHYU SIRI 211*

*2.59.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 58*

Disamping menyampaikan maklumat berkenaan keadaan bandar yang penuh dengan rezeki, tentera peninjau memaklumkan juga bahawa bandar tersebut dikawal dengan ketat serta pertahanannya kuat.

Yushak dan Nun cuba meyakinkan bahawa keadaan itu tidak menjadi halangan untuk mereka membuka bandar tersebut.

Namun demikian 10 orang tentera perisik yang lain telah memberikan maklumat yang negatif dan mereka menakutkan Bani Israel agar jangan menyerag bandar tersebut.

Mereka menyifatkan tindakan melancarkan serangan terhadap bandar itu akan membahayakan diri mereka sendiri. Bani Israel rata-rata terpengaruh dengan momokan tersebut lalu mereka enggan menyertai misi pembukaan yang mahu dilakukan oleh nabi Musa

Keadaan ini telah menimbulkan kemurkaan Allah kepada Bani Israel kerana tidak meletakkan kepercayaan kepada Allah yang menyuruh mereka berbuat demikian.

Kemurkaan Allah itu walaubagaimanapun telah diikuti dengan keampunan apabila Nabi Musa memohon agar Allah mengampunkan umatnya.

Meskipun Allah mengampunkan mereka, tetapi kesan keduniaan terhadap kesalahan yang telah dilakukan itu tetap berlaku. Akibatnya, Bani Israel telah tersesat di padang pasir selama 40 tahun tidak ada siapa pun yang dapat masuk ke bandar Hebron dalam tarikh tersebut kecuali Yushak dan Nun.

10 orang tentera perisik yang telah menimbulkan ketakutan dan menghalang Bani Israel daripada melaksanakan perintah Allah telah mati mati dipanah petir dan ramai dikalangan rakyat jelata yang mati terkena wabak penyakit.

Inilah berita yang dipetik oleh Ibnu Asyur di dalam hikayat Bani Israel dan beliau mendapati cerita ini berbetulan dengan 58 ini. Terdapat juga ahli tafsir lain yang enggan menggunakan perincian cerita yang di ambil dari sumber Bani Israel atas alasan Al-Quran adalah kitab suci yang tidak memerlukan penerangan dari kitab Bani Israel, tambahan pula hikayat dari sumber Bani Israel tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Selasa
23 Ramadan 1440
28 Mei 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur
Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *