*2.62.2 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 61*
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang serupa sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi….. Nabi Musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik?

Menurut Ibnu Asyur, al-Quran menggunakan lafaz “lan nasbira” iaitu kami tidak akan sabar, bagi menunjukkan Bani Israel benci dengan “manna” dan “salwa” yang menjadi makanan harian mereka. Sementara perkataan ‘toaam wahid’ bermaksud makanan.

Perkataan ini digunakan dalam lafaz tunggal walaupun pada hakikatnya makanan yang diturunkan oleh Allah adalah manna dan salwa, iaitu dua jenis. Lafaz tunggal digunakan bagi menunjukkan makanan itu dimakan secara berulang setiap hari.

Seperti yang sering berulang beberapa kali sebelum ini, Bani Israel menggunakan perkataan “agar tuhan mengeluarkan kepada kami” gaya yang ditonjolkan disini bagi menunjukkan bahawa Bani Israel yakin jika nabi Musa berdoa nescaya Allah akan mengkabulkan dengan segera permintaan Baginda.

Kata-kata ini juga menunjukkan perasaan buruk sangka Bani Israel kepada nabi Musa, pada mereka  doa nabi musa didengari oleh allah, kerana itu dia mesti berdoa agar hajat mereka itu tercapai, keengganan nabi musa ditafsirkan oleh bani Israel sebagai mempunyai niat tidak baik kepada bani Israel.

Tindakan bani Israel itu diikuti dengan persoalan dari nabi musa. Apakah bani Israel mahu menukarkan makanan yang baik dengan yang kurang baik.

Persoalan ini sebenarnya bukanlah kerana nabi Musa mahu mengetahui jawapan mereka, sebaliknya soalan ini dipanggil “istifham istinkari”, soalan yang bertujuan menolah tindakan mereka yang tidak mensyukuri nikmat Allah itu.

Ahad
28 Ramadan 1440
2 Jun 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur
Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *