*2.63.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 61*
وَضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلۡمَسۡكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٖ مِّنَ ٱللَّهِۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ يَكۡفُرُونَ بَِٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّۧنَ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ 
Dan ditimpakan ke atas mereka kehinaan serta kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.

Kehinaan dan kepapaan ini ditimpakan kepada Bani Israel  kerana telah mengingkari nikmat Allah kepada mereka. Allah telah  memberikan kebebasan dan kuasa apabila mereka dilepaskan dari cengkaman firaun.

Mereka tidak sabar dengan ujian Allah walaupun telah diselamatkan daripada kecelakaan kelaparan dan daharga. Sebaliknya Bani Israel mendambakan kerehatan dan makanan yang diingini sahaja.

Natijah daripada kealpaan ini mereka telah ditimpakan dengan hukuman dari Allah. Mengikut Ibnu Asyur, setiap umat yang mensia-siakan nikmat Allah, akan menerima hukuman yang sama.

Ditimpakan keburukan  bertentangan dengan nikmat yang telah diberikan kepada sebelum ini.

Keadaan inilah yang telah ditimpakan kepada umat-umat terdahulu. Al-Quran menceritakan penduduk Saba’ yang mengkufuri nikmtat Allah dan bagaimana mereka diberikan balasan oleh Allah

Firman Allah bermaksud:
Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit. Surah Saba’:16

Isnin
29 Ramadan 1440
1 Jun 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur
Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *