*2.64.2 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 62*

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani, dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Ada jug mereka yang tekeliru dalam memahami ayat ini, lalu mereka menjadikan ayat ini sebagai hujah untuk mengatakan bahawa semua agama adalah sama.

Mereka menyatakan bahawa agama tidak penting kerana ayat ini menyebut orang yang beriman, orang Yahudi, Nasrani dan Sobaโ€™ semuanya akan mendapat ganjaran syurga Allah, apa yang penting ialah mereka mestilah beriman kepada Allah, hari kiamat dan mestilah beramal soleh.

Kefaham cara ini sebenarnya tidak dapat diterima kerana jika ayat ini difahami dengan cara yang demikian akan membuatkan ayat lain yang mengatakan hanya orang yang beriman akan mendapat syurga Allah akan tertolak.

Ayat yang jelas menyatakan bahawa hanya satunya agama yang diiktiraf oleh Allah ialah islam juga akan tertolak. Ayat- ayat demikian sangat jelas dan banyak dalam al-q
Quran.

Mentafsirkan satu ayat dengan cara yang bertentangan dengan banyak ayat-ayat yang lain adalah bertentangan dengan perinsip asas tafsir, iaitu ayat-ayat Al-Quran tidak bersifat kontradik antara satu dengan yang lain.

Dengan itu ayat ini tidak dapat tidak, mestilah difahami dibawah payung ayat-ayat yang jelas mengatakan tauhid itu sebagai asas penting kepada diterimanya amalan manusia.

Jika perinsip ini diterima maka ayat ini tidak mengandungi sebarang kekeliruan, Ibnu Asyur memahami ayat ini dalam makna, orang beriman dan orang Yahudi yang beriman, orang Nasara yang beriman dan orang Sobaโ€™ yang beriman mereka akan mendapat gajaran disisi Allah.

Kefahaman seperti inilah yang sepatutnya difahami dan bukannya kefahaman yang menganggap semua orang yang beragama diatas akan mendapat syurga walaupun mereka tidak memeluk islam. Semoga Allah menyelamatkan kita dari sebarang kekeliruan, amin.

Khamis
2 Shawal 1440
6 Jun 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur
Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *