*2.64.3 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 62*

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani, dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Orang-orang yang mendapat ganjaran di hari akhirat ialah orang-orng yang beriman dengan iman yang sempurna. Ini kerana syarat amalan seseorang diterima oleh Allah ialah iman yag sempurna. al-Quran tidak menyebut keadaan ini kerana seorang muslim beriman kepada keseluruhan ayat Al-Quran tanpa kecuali. Dengan itu tuntutan iman disebut secara terpisah di dalam ayat yang berbeza.

Orang-orang yang tidak sempurna imannya,  mereka pada hakikatnya telah membohongi Allah. Ini kerana mereka beriman kepada beberapa ayat dan tidak beriman pada ayat- ayat yang lain.

Isu yang turut dibincangkan oleh Ibnu Asyur ketika mengupas ayat ini ialah pandangan sebahagian ahli tafsir yang menganggap ayat ini telah dimansuhkan dengan ayat  β€˜siapa yag mencari agama selain islam maka tidak diterima daripadanya’.

Dakwaan ayat ini telah mansuhkan sebenarnya tidak diperlukan kerana  sebenarnya kedua-dua ayat itu tidak bertentangan antara satu sama lain dari awal lagi.

Ayat ini juga menjelaskan bahawa orang beriman tidak akan mengalami takut dan sedih. Ibnu Asyur berpandangan bahawa keadaan ini berlaku di akhirat, ini kerana pada hari tersebut orang orang yang kufur akan mengalami ketakutan kerana kesalahan yang telah mereka lakukan di dunia ini. Takut dan sedih disebut kerana kedua-dua keadaan ini sangat berkait rapat.

Jumaat
3 Shawal 1440
7 Jun 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur
Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *