*2.67.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 65-66*

Ayat 65
وَلَقَدۡ عَلِمۡتُمُ ٱلَّذِينَ ٱعۡتَدَوۡاْ مِنكُمۡ فِي ٱلسَّبۡتِ فَقُلۡنَا لَهُمۡ كُونُواْ قِرَدَةً خَٰسِئينَ
Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina”.

Ayat 66
فَجَعَلۡنَٰهَا نَكَٰلٗا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهَا وَمَا خَلۡفَهَا وَمَوۡعِظَةٗ لِّلۡمُتَّقِينَ. 
Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang bertaqwa.

Cerita ini amat mudah difahami oleh siapa yang membacanya, ia mengandungi amaran Allah kepada Bani Israel melalui kejadian yang telah berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada generasi mereka.

Yang demikian itu apabila Allah membalas kejahatan mereka dengan keburukan agar ianya menjadi iktibar kepada seluruh manusia.

Mengikut Ibnu Asyur ayat ini secara tersiratnya merupakan salah satu daripada mukjizat al-Quran yang membuktikan kebenaran nabi Muhammmad saw dan risalah yang dibawa oleh baginda.

Ini kerana cerita sekelompok Bani Israel yang telah bertukar menjadi monyet ini adalah antara cerita yang tidak tertulis didalam kitab  suci Bani Israel.

Hal ini terjadi kerana peristiwa ini  berlaku menurut beliau, pada zaman nabi Daud. Oleh itu kitab perjanjian lama tidak memuatkan cerita ini, akan tetapi ianya diketahui oleh pendita-pendita Bani Israel.

Dengan itu, maksud di dalam ayat ini ‘sesungguhnya kamu telah mengetahui’ adalah merujuk kepada pendita Bani Israel yang menyembunyikan cerita ini dari pengetahuan masyarakat mereka.

Ayat ini mahu menunjukkan bahawa ilmu Allah adalah melangkawi ilmu manusia dan risalah yang dibawa oleh nabi Muhammad adalah dari Allah yang maha mengetahui setiap perkara walaupun cuba disembunyikan oleh manusia.

Selasa
7 Shawal 1440
11 Jun 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur
Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *