*TADABBUR WAHYU SIRI 230*

*2.70.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 75*
أَفَتَطۡمَعُونَ أَن يُؤۡمِنُواْ لَكُمۡ وَقَدۡ كَانَ فَرِيقٞ مِّنۡهُمۡ يَسۡمَعُونَ كَلَٰمَ ٱللَّهِ ثُمَّ يُحَرِّفُونَهُۥ مِنۢ بَعۡدِ مَا عَقَلُوهُ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ 

Apakah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?

Pertanyaan di dalam ayat ini bukan bermaksud pertanyaan biasa yang mahukan jawapan daripada nabi saw, tetapi sebaliknya Allah sebagai Tuhan adalah bapa persoalan ini bagi menunjukkan penolakan terhadap apa yang berlaku.

Maksud tersirat ayat ini ialah, Janganlah kamu terlalu ingin mereka itu beriman kerana telah datang kepada mereka kitab Allah tetapi mereka menolaknya.

Larangan Allah agar nabi dan para sahabat tidak terlalu berharap Bani Israel menerima dakwah yang disampaikan.

Larangan ini telah menjadi perbincangan para ulama, ini kerana telah menjadi satu fitrah bahawa Nabi dan orang yang beriman mahukan seluruh manusia beriman kepada Allah dan syariahNya. Allah sendiri menyuruh nabi menyampaikan risalah iman ini kepala manusia, jadi mengapa pula di sini tiba-tiba Allah melarang Nabi dan para sahabat daripada terlalu ingin supaya Bani Israel menerima risalah yang dibawa oleh mereka.

Larangan ini sebenarnya bukanlah merupakan larangan dari berdakwah dan meninggalkan Bani Israel dari menjadi sasaran risalah yang dibawa oleh nabi dan disokong oleh para sahabat.

Sebaliknya larangan ini lebih bersifat memberi semangat kepada Rasulullah agar tidak terlalu kecewa jika mereka gagal dalam membawa Bani Israel ke jalan yang benar. Ini kerana penyelewengan yang telah berlaku didalam masyarakat Bani Israel telah dilakukan oleh para ilmuwan dan agamawan mereka.

Jika perkara sedemikian boleh berlaku kepada orang yang dianggap mulia maka bagaimana pula di peringkat golongan biasa yang lebih jauh dari ilmu, maklumat dan pengetahuan sudah tentu lebih sukar untuk menemukan orang yang di peringkat itu dengan kebenaran dan hidayah.

**Larangan dari terlalu berharap ini adalah sebahagian daripada persediaan agar nabi dan para sahabat tidak kecewa dengan natijah yang negatif jika berlaku. Ini kerana manusia sentiasa perlu meletakkan segala kemungkinan dalam perkiraan mereka agar tidak terlalu kecewa jika natijah tidak menggembirakan berlaku.

Ahad
12 Shawal 1440
16 Jun 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur
Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *