*TADABBUR WAHYU SIRI 231*

*2.71.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 76*
 وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَا بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ قَالُوا أَتُحَدِّثُونَهُم بِمَا فَتَحَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ لِيُحَاجُّوكُم بِهِ عِندَ رَبِّكُمْ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: “Kami telah beriman”; dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: “Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu untuk menjadikannya hujah (bukti) yang dapat mengalahkah kamu di sisi Tuhan kamu? Tidakkah kamu berakal?”

Ayat ini menerangkan tentang situasi orang-orang munafik, apabila perbuatan mereka didedahkan oleh Al-Quran. Mereka bertengkar sesama sendiri kerana menyangka telah ada dikalangan mereka orang-orang yang membocorkan perancangan jahat itu.

Sebahagian mereka mempersoalkan mengapa kamu mendedahkan maklumat yang kamu ada kepada nabi dan orang beriman.

Alasan mereka ialah pendedahan ini akan menjadi hujah di depan Allah pada hari akhirat ni. Hujah yang dimaksudkan ialah bukti tentang kemunafikan dan keburukan kaum Bani Israel.

Cara orang munafik bercakap itu menggambarkan bahawa mereka tidak percaya dengan sifat Allah yang maha mengetahui.

Ini kerana sekiranya perancangan mereka tidak terdedah dan tidak dapat dikesan oleh nabi dan sahabat sekalian sebenarnya Allah telah mengetahui dan melihatnya.

Jadi, mereka sepatutnya tidak perlu menekankan tentang isu terdedahnya perancangan mereka itu. Apa yang sepatutnya diberikan perhatian ialah mereka sebenarnya perlu bertaqwa dan tidak tergamak untuk membuat kerja-kerja jahat walaupun secara tersembunyi kerana Allah maha mengetahui apa yang dilakukan oleh manusia.

**Dengan itu ayat ini telah mendedahkan beberapa perkara penting, pertama sifat berpura-pura sering digunakan oleh mereka yang berniat jahat dan mahu melakukan keburukan.

Kedua kepura-puraan tidak dapat mengelakkan seseorang itu dari dihitung dihadapan Allah.

Ketiga, kepura-puraan adalah sifat munafik.

Keempat, seorang muslim perlu sentiasa peka agar tidak terpengaruh dengan orang yang berpura-pura.

Isnin
13 Shawal 1440
17 Jun 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur
Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *