*TADABBUR WAHYU SIRI 235*

*2.75.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 81-82*

بَلَىٰ مَن كَسَبَ سَيِّئَةً وَأَحَاطَتْ بِهِ خَطِيئَتُهُ فَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Maksudnya:
81-Bahkan sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
82-Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.

Bani Israel telah terpesona dengan kumpulan mereka sehingga mereka merasakan bahawa merekalah manusia mulia. Bani Israel juga dibuai dengan angan-angan yang ditanam oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab, bahawa Allah mencintai mereka, walaupun amalan dan akidah mereka menyeleweng.

Dengan itu Allah menjelaskan bahawa hukum Allah terhadap manusia ini bukan berdasarkan itu semua. Bangsa dan kumpulan bukannya faktor kemuliaan manusia disisi Allah, syurga Allah dan nerakanya tidak disediakan berdasarkan keturunan atau puak.

Kumpulan dan puak yang dicipta oleh manusia tidak menjadi ukuran disisi Allah bahkan iman dan amallah yang akan dihitung dan menjadi sandarannya.

Dengan jelas Allah memaklumkan kepada manusia bahawa “sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka.
Iman yang benar pula mestilah menjadi paksi kepada amalan tersebut, barulah seseorang itu akan mendapat penilaian disisi Allah.

Ayat 81 dan 82 ini merupakan satu perinsip penting yang perlu dipegang oleh manusia agar tidak tersalah dalam melatakkan neraca kedudukan manusia disisi Allah.

**Betapa prinsip ini diperlukan oleh umat Islam masakini, apabila ada sahaja orang yang cuba meletakkan kemulian berdasarkan puak dan kumpulan sedangkan Allah mengukur kemuliaan manusia berdasarkan iman dan amal.

17 Shawal 1440
21 Jun 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur
Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *