*TADABBUR WAHYU SIRI 238*

*2.78.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 85*
ثُمَّ أَنْتُمْ هَٰؤُلَاءِ تَقْتُلُونَ أَنْفُسَكُمْ وَتُخْرِجُونَ فَرِيقًا مِنْكُمْ مِنْ دِيَارِهِمْ تَظَاهَرُونَ عَلَيْهِمْ بِالْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَإِنْ يَأْتُوكُمْ أُسَارَىىٰ تُفَادُوهُمْ وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْكُمْ إِخْرَاجُهُمْ ۚ

Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu.

Generasi terawal Bani Israel telah menerima syariat nabi Musa dan mengamalkannya, namun demikian generasi selepas mereka kembali berperang sesama sendiri dan berbunuhan.

Larangan berbunuhan dan mengusir sesama Bani Israel telah dilanggar dan perintah Allah telah diabaikan oleh mereka. Bani Israel, di dalam perenggan ini telah diminta untuk tidak berbunuhan sesama sendiri, tidak mengusir pihak yang lemah, tidak bekerjasama dengan musuh Bani Israel dan mereka dituntut membebaskan Bani Israel yang ditawan oleh musuuh.

Itulah empat ketetapan Allah kepada Bani Israel dalam perkara melibatkan peperangan. Apa yang berlaku ialah mereka telah melanggar tiga arahan ini dan mengamalkan satu daripanya.

Kebanyakan ahli tafsir mengaikan ayat ini dengan peristiwa dimana Bani Israel telah bekerjasama dengan kabilah Arab sehinga mereka berbunuhan sesama sendiri.

Peristiwa ini berlaku sebelum kedatangan nabi Muhammad saw ke Madinah, ia dikenali dengan peperangan Buath. Apabila berlaku peperangan antara kabilah Arab, iaitu dari kabilah Aus dan kabilah Khazraj, Bani Israel dari kalangan kabilah Quraizah, Nadhir dan yahudi Bani Qainuqa’ telah terlibat sama di dalam kencah peperangan tersebut.

Campur tangan ini berlaku setelah peperangan antara Aus dan Khazraj berlanjutan dan Khazraj sentiasa menguasai suasana. Pada mulanya Bani Israel tidak terlibat, tetapi setelah kekalahan berturut-turut pihak Bani Aus membuatkan mereka mencari pihak yang boleh bekerjasama bagi memastikan kemenangan mereka.

Orang-orang Aus akhirnya berjaya mempengaruhi dua kabialh Yahudi untuk bersama mereka, kabilah tersebut ialah Bani quraizah dan bani Nadhir.

Melihatkan perkembangan tersebut, kabilah Khazraj telah bertindak mendapat bantuan daripada Bani Qainuqa’. Dari situ bermulalah persengketaan antara kabilah Bani Israel kerana masing-masing mahu memenangkan kumpulan mereka.

Isnin
20 Shawal 1440
24 Jun 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur
Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *