*TADABBUR WAHYU SIRI 243*

*2.82.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 89*

وَلَمَّا جَاءَهُمْ كِتَابٌ مِّنْ عِندِ اللَّهِ مُصَدِّقٌ لِّمَا مَعَهُمْ وَكَانُوا مِن قَبْلُ يَسْتَفْتِحُونَ عَلَى الَّذِينَ كَفَرُوا فَلَمَّا جَاءَهُم مَّا عَرَفُوا كَفَرُوا بِهِ ۚ فَلَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الْكَافِرِينَ
Maksudnya:
Dan ketika datang kepada mereka Kitab dari Allah (Al Quran), yang membenarkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya, mereka mengingkarinya; maka laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.

Mereka berkata bahawa hati mereka tertutup, lalu mereka telah menolak agama yang diturunkan oleh Allah kepada mereka. Sudah pasti orang yang dimaksudkan disini ialah Bani Israel di zaman Rasulullah saw.

Mereka menolak ajaran yang dibawa kepada mereka ketika mana Bani Israel menanti-nanti kedatangan Rasul tersebut. Orang yagn menolak ajaran Allah kepada mereka dikira buruk, tetapi orang yang menolak ajaran rasul ketika mana mereka sediri menungu-nunggu kedatangannya adalah perbuatan yang lebih buruk dan luar biasa buruknya.

Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw disimpulkan dalam bentuk, nabi membawa kitab Allah kerana kitab Al-Quran adalah intipati dari ajaran baginda.

Seperti banyak ayat-ayat yang lain, apabillah Allah menyebut al-Quran, maka disebut sifat al-Quran yang membenarkan kitab yang sedia ada disisi Bani Israel. Nabi Muhammad bukan membawa perkara baru yang tidak pernah didengari oleh Bani Israel tetapi membawa gagasan yang sama dengan apa yang telah mereka tahu.

Perangai Bani Israel menjadi lebih buruk lagi apabila menolak nabi yang telah ditunggu-tunggu oleh mereka sendiri. Allah menggunakan perkataan “istaftahu” dan ia mengandungi dua maksud. Pertama bermaksud meminta pertolongan. Maksud ini menjadikan ayat menceritakan bahawa Bani Israel, apabila berkonflik dengan orang-orang Arab maka mereka memohon dari Allah agar dihantar Rasul kepada mereka agar mereka mendapat pertolongan.

Perkataan “istaftahu” juga membawa maksud mereka sering memberitahu cerita kedatangan rasul akhir zaman kepada orang Arab dan mereka akan beriman dengan rasul tersebut.

Bani Israel percaya bahawa mereka yang beriman dan membawa perjuangan rasul tersebut akan mendapat kemenangan dan pertolongan dari Allah.

Namun demikian, apabila Rasul itu datang membawa kitab yang mereka tahu bahawa ianya kebenaran dari Allah, tiba-tiba mereka enggan dan berpaling dari ajaran yang telah diakui sebelum ini.

**Sifat menolak sesuatu yang telah diketahui betul semata-mata kerana kepentingan diri dan nafsu adalah sifat yang tercela dan dimurkai oleh Allah.

Sabtu
25 Shawal 1440
29 Jun 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur
Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *