*2.85.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 92*

وَلَقَدْ جَاءَكُم مُّوسَىٰ بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ اتَّخَذْتُمُ الْعِجْلَ مِن بَعْدِهِ وَأَنتُمْ ظَالِمُونَ
Maksudnya:
Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu adalah orang-orang yang zalim.

Mengikut Ibnu Asyur ayat ini merupakan penerangan kepada perbincangan sebelum ini. Bani Israel telah memberi alasan bahawa mereka hanya beriman dengan nabi yang datang dari kalangan mereka sahaja. Sedangkan mereka telah membunuh nabi-nabi yang datang kepada mereka.

Telah tercatat di dalam sejarah Bani Israel bagaimana orang-orang yang terdahulu telah membunuh nabi-nabi mereka seperti nabi Zakaria, Denial dan ramai lagi.

Setelah membuktikan bahawa mereka telah menolak nabi-nabi mereka itu, al-Quran menegaskan bahawa mereka bukan setakat itu sahaja bahkan mereka juga menolak dakwah nabi agung mereka iaitu nabi Musa as.

Apabila disebut secara khusus nabi Musa disini, dapat dibayangkan betapa teruknya Bani Israel dalam berhubung dengan nabi-nabi mereka.

Ini keranan jasa nabi Musa sangat besar terhadap Bani Israel. Bagindalah orang yang telah bersama Bani Israel ketika mereka berada didalam perhambaan Firaun.

Ketika bersama nabi Musa, berbagai mukjizat dan kebesaran Allah telah diberikan oleh Allah kepada Bani Israel, banyak musibah yang menimpa Bani Israel telah diangkat oleh Allah kerana doa nabi Musa yang diterima oleh Allah.

Biarpun sedemikian besar jasa nabi Musa terhadap mereka, namun Bani Israel tetap menolak ajaran yang dibawa oleh baginda, bahkan mereka tidak menghargai dan menghormati rasul yang diutuskan oleh Allah kepada mereka itu.

Oleh itu, menyebut nama nabi Musa secara khusus disini, ketika menceritakan penyelewengan Bani Israel dan kezaliman mereka terhadap pembawa risalah kebenaran adalah sangat tepat dan berlainan objektifnya berbanding cerita tentang nabi Musa yang telah disebut di dalam perbincangan sebelum ini.

Selasa
28 Shawal 1440
2 Julai 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur
Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *