*TADABBUR WAHYU SIRI 257*

*2.94.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 103 *

Dalam rangkap terakhir ayat 102 Allah menyatakan 
sesungguhnya mereka telahpun mengetahui apa yang mereka tempah untuk diri mereka  di akhirat, alangkah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka jika mereka mengetahui.

Rangkap ini merupakan kesimpulan kepada perbincangan ayat yang menfokuskan kepada penyelewengan yang telah berlaku dalam masyarakat Bani Israel, dimana ada pihak yang telah berjaya memecah-belahkan masyarakat dan mengampil peluang diatas keadaan tersebut.

Sudah tentu mereka berasa usaha mereka berjaya dan misi mereka tercapai, tetapi mereka perlu ingat bahawa Allahlah Yang Maha Berkuasa menjadikan sesuatu.

Perkara yang berlaku bukannya hasil daripada kecerdikan dan kepintaran mereka tetapi hanya ujian Allah kepada mereka yang mahukan kejahatan.

Sebenarnya perbuatan mereka yang berusaha melakukan kejahatan itulah yang akan menjadi sebab mereka mendapat azab Allah di hari akhirat nanti. Pada zahirnya mereka bersusah payah untuk melakukan kejahatan dan merosakkan perpaduan masyarakat, tetapi pada hakikatnya usaha dan susah payah itu adalah untuk mereka mendapat azab yang pedih di hari akhirat.

Adalah amat mudah untuk mengggambarkan orang yang dihumban kedalam neraka disebabkan kelalaian dan suka mengikut nafsu, akan tetapi agak menghairankan jika sekiranya ada orang yang sanggup bersush payah untuk mendapat azab di hari akhirat. Namun inilah hakikat yang ada.

Azab siksa yang diterima hasil penyelewengan yang diusahakan amatlah pedih, balasan yang menunggu sungguh berat sekali. Oleh itu al-Quran menerangkan apakah yang perlu dilakukan oleh manusia untuk mengelakkan dari terjerumus kedalam azab yang sangsar itu. Tidak lain dan tidak bukan, pengkhianatan itu perlu ditukarkan kepada keimanan dan ketaatan kepada Allah, kerana hanya itu yang akan menuelamatkan manusia di dunia dan di akhirat.
Firman Allah:
وَلَوۡ أَنَّهُمۡ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَمَثُوبَةٞ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ خَيۡرٞۚ لَّوۡ كَانُواْ يَعۡلَمُونَ*
103-Sekiranya mereka tetap beriman dan bertaqwa, sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.

Sabtu
10 Zulqa’idah 1440
13 Julai 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur
Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *