*TADABBUR WAHYU SIRI 258*

*2.95.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 104 *

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَقُولُواْ رَٰعِنَا وَقُولُواْ ٱنظُرۡنَا وَٱسۡمَعُواْۗ وَلِلۡكَٰفِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٞ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: “raaina”, (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: “unzurna”, dan dengarlah kamu dan orang-orang kafir akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Ayat ini adalah cotoh yag paling baik bagi menunjukkan bahawa ada dikalangan ayat al-Quran yang tidak boleh difahami jika tidak dirujuk kepada sebab nuzul atau sebab penurunan ayat.

Ini kerana larangan di atas adalah larangan al-Quran terhadap sesuatu yang tidak salah. Sudah tentu ada sebab khas yang membawa kepada larangan ini.

Ahli-ahli tafsir menyebut  dalam tafsir mereka bahawa para sahabat, apabila menerima penurunan mana-mana ayat al-Quran akan meneliti, mempelajari dan memahami sehingga mereka benar benar faham dengan kandungan ayat itu sebelum mengamal dan menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain.

Sehubungan dengan itu mereka berkata “raaina wahai rasulullah, iaitu raikan kami wahai Rasulullah. Apabila perkataan ini didegari oleh orang orang-orang Yahudi, mereka telah menggunaan perkataan ini untuk mengejek dan memaki hamun nabi saw kerana perkataan “raina” jika disebut secara tidak betul akan membawa makna maki hamun.  Ia juga bermaksud maki hamun dalam bahasa mereka. Kerana penggunaan secara salah dari segelintir orang ini, Allah menyuruh para sahabat menyekat tindakan mereka dengan tidak menggunakan perkataan tersebut.

Ibnu Asyur didalam tafsir beliau cuba menerangkan hubung kait antara ayat ini dengan ayat sebelumnya yang membincangkan tentang sihir. Menurut beliau, sihir adalah amalan yang dihubungkan dengan sesuatu yang bersifat tersembunyi, maka diteruskan disini sifat yang sama digunakan oleh Bani Israel. Kali ini mereka tidak menggunakan sihir tetapi menggunakan kata-kata yang dianggap baik oleh para sahabat tetapi mereka menukarkan perkataan yang baik itu kepada satu penggunaan yang salah.

Bagi Ibnu Asyur juga menerangkan bahawa fokus ayat ini bertukar kepada orang beriman, tidak seperti ayat-ayat sebelum ini. Namun demikian ayat ini juga memberi isyarat bahawa segala perancangan orang Yahudi berada dalam ilmu Allah.

Ayat ini juga menjadi sandaran kuat kepada satu teori usul fiqh yang diperkenalkan oleh Imam  Malik iaitu “saddu al-zaraie”.

Saddu al-zaraie ialah kaedah menutup jalan yang membawa kepada keburukan. Dengan menggunakan kaedah ini para ulama mungkin akan menghukumkan beberapa perkara yagn baik kepada haram apabila mereka mendapati perkara yang baik itu akan membawa kepada keburukan.

Kaedah sangat diperlukan dalam bidang pentadbiran memandangkan banyak perkara yang berubah dari baik kepada buruk dalam keadaan tertentu.

Ahad
11 Zulqa’idah 1440
14 Julai 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur
Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *