*2.98.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 107 *
أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

107-Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.

Ayat sebelum ini menerangkan bagaimana Bani Israel tidak dapat menerima syariat baru yang diturunkan.

Sebenarnya amat mudah untuk memahami hakikat ini. Mereka perlu sedar bahawa Allah berhak membuat keputusan atas kehendakNya sendiri, bukan atas desakan dan selera Bani Israel.

Mereka yang ingkar dengan arahan Allah sering mempunyai alasan sendiri yang memperkecilakan suruhan tuhan. Sedangkan mereka hanyalah  makhluk Allah yang lemah diatas muka bumi ini. Bukakankah Allahlah yang menguasai langit dan bumi.

Kejadian langit dan bumi lebih besar dan rumit dari menguasai manusia yang kecil dan sedikit bilangannya.  Jika langit dan bumi yang luas dan besar itu dibawah kekuasaan Allah, maka manusia yang lemah ini sudah tentu tidak ada yang  berbuat apa-apa di depan kekuasaan Allah.

Semakin mendalam pengetahuan manusia tentang betapa luasnya alam semesta ini membuatkan manusia lebih dapat merasakan kekuasaan Allah. Maklumat tentang penerokaan alam semesta ini banyak dapat diikuti di youtube, umat Islam hari ini perlu sekali mengambil peluang daripada perkembangan ilmu ini kerana ia sangat berkesan untuk memberi kesedaran, betapa alam manusia adalah alam yang sangat kecil berbanding ciptaan Allah yang lain.

Pengetahuan terhadap  keagungan alam semesta ini sepatutnya membawa kepada keimanan kepada Allah dan kepatuhan terhadap syariatnya. Allah mengingatkan bahawa tidak ada siapapun yang dapat membantu dan melepaskan mereka yang kufur terhadap agama Allah kerana kekuasaan sebenar hanyalah milik Allah yang Maha Mencipta.

Rabu
14 Zulqa’idah 1440
17 Julai 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur
Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *