*2.99.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 108 *
أَمْ تُرِيدُونَ أَنْ تَسْأَلُوا رَسُولَكُمْ كَمَا سُئِلَ مُوسَىٰ مِنْ قَبْلُ ۗ وَمَنْ يَتَبَدَّلِ الْكُفْرَ بِالْإِيمَانِ فَقَدْ ضَلَّ سَوَاءَ السَّبِيلِ

Adakah kamu pula hendak meminta dari Rasul kamu sebagaimana diminta dari Nabi Musa (oleh kaumnya) dahulu? Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus.

Menurut Ibnu Asyur soalan ini sebenarnya bukan bermaksud Allah mahukan jawapan daripada soalan tersebut, tetapi ianya adalah salah satu bentuk amaran. Gaya bahasa begini, biasa juga digunakan dalam Bahasa Melayu. Maksud sebenar yang mahu disampaikan ialah: janganlah kamu meniru perangai buruk kaum terdahulu yang meminta daripada nabi-nabi mereka perkara yang bukan-bukan.

Sepertimana yang telah dilihat dalam ayat-ayat sebelum ini, Bani Israel meminta dari nabi Musa untuk mereka melihat tuhan.

Bahkan Bani Israel juga sebenarnya pernah meminta dari nabi Musa supaya menjadikan untuk mereka tuhan-tuhan yang disembah seperti penyembah berhala.

Kerap kali juga Bani Israel meminta daripada nabi perkara yang akhirnya menyusahkan diri mereka sendiri, seperti meminta untuk dikhususkan hari Sabtu sebagai hari beribadat, dan diharamkan bekerja pada hari tersebut.

Bani Israel juga meminta supaya Allah menyuruh mereka berperang pada jalan allah ketika mereka masih belum benar-benar besedia untuk berdepan dengan situasi itu. Akibatnya ramai saja dikalangan Bani Israel telah meninggalkan kewajipan yang pada asalnya diminta oleh diri mereka sendiri.

Ibnu Asyur berpendapat bahawa ayat ini ditujukan kepada umat Islam berdasarkan kepada perubahan ayat daripada menceritakan keadaan Bani Israel zaman silam kepada Bani Israel yang berdepan dengan nabi Muhammad saw.

**Ayat al-quran semuanya ditujukan kepada umat Islam secara langsung kerana mereka adalah orang yang menjadi pendokong kepada agama Allah.

Al-Quran adalah panduan sepanjang zaman, namun cara penyampaian Al-Quran kadangkalanya menceritakan keadaan umat terdahulu dan kadang kalanya memberikan nasihat secara langsung kepada umat Islam.

Khamis
15 Zulqa’idah 1440
18 Julai 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur
Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *