*2.100.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 109 *
وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

109-Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ketika al-Quran menceritakan keburukan Bani Israel, sempat juga al-Quran mengajar akhlak yang sangat panting dalam kehidupan seharian seorang manusia.

Yang dimaksudkan disini ialah tatacara dalam mengeluarkan kenyataan, lebih jauh dari itu ia sebenarnya cara berfikir yang betul, cara yang dimaksudkan ialah tidak menghukum secara pukal.

Jika melihat kepada kejahatan yang telah dilakukan oleh Bani Israel, sudah tentu tidak tergambar bagaimana al-Quran tetap tidak menghukum kejahatan itu secara pukal.

Ramai dikalangan Bani Israel yang mahu supaya umat islam menjadi kufur. Sifat emosi sering kali membutkan seseorang menzalimi orang lain yang tidka bersalah, dengan menghukum secara umum. Bahkan tabiat menghukum secara umum boleh membawa persengketaan dan perpecahan dalam masyarakat.

Bayangkan apabila seseorang yang diserang penjenayah disuatu tempat lalu menuduh semua penduduk tempat tersebut adalah jahat dan tidak berakhlak.

Murtad adalah satu dosa yang sangat besar disisi Allah, sungguh pun Allah menyebut bahawa Bani Israel mahu umat Islam berada dalam situasi yang buruk itu, tetapi Allah tetap menggunakan bahasa yang berlapik dengan berkata bahawa ramai dikalangan Bani Israel yang bersifat demikian, dalam ertikata lain ada juga dikalangan mereka yang tidak sampai ketahap tersebut.

Mengikut Ibnu Asyur orang-orang yang jahil dikalangan Bani Israel telah bertindak demikian kerana permusuhan mereka terhadap kaum muslimin. Namun demikian ada dikalangan cerdik pandai Bani Israel yang tidak bersifat demikian kerana mereka faham bahawa keadaan umat Islam adalah lebih baik berbanding keadaan mereka sebelum Islam,  ini kerana Islam adalah agama tauhid  sementara kekufuran adalah sifat yang dibenci oleh Allah. Lalu mereka tidak bercita-cita untuk melihat orang yang telah memeluk Islam menjadi kufur.

Jumaat
16 Zulqa’idah 1440
19 Julai 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur
Rujukan tambahan: Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk beli buku atau untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *