*2.126.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 128*
رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
128-“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Nabi Ibrahim dan nabi Ismail berdoa lagi kepada Allah, dan kali ini mereka mengulangi seruan kepada Allah “rabbana” bagi menunjukkan ketundukan kepada tuhan sekelian alam.

Mereka berdua meminta agar menjadi orang yang tunduk kerana islyam maksudnya tunduk dan menyerah diri. Permintaan ini bukan bermaksud mereka belum lagi Islam tetapi permintaan ini meminta agar Allah menjadikan mereka berdua berterusan dalam keadaan beriman dan Islam.
Ini adalah sebahagian daripada adab dalam berdoa, dengan merendahkan diri kepada Allah dan menjelmakan rasa kebergantungan hanya kerana Nya.

Kini keinginan nabi ibrahim untuk melihat zuriatnya beriman kepada Allah telah juga dihayati oleh nabi Ismail. Ia menunjukkan bahawa hajat nabi Ibrahim kini semakin membuahkan hasil kerana anak Baginda juga mempunyai kemahuan yang serupa.

Namun demikian nabi ibrahim masih mendokan sekali lagi disini, agar bukan sahaja mereka berdua yang mendapat nikmat iman dan Islam tetapi ia juga diberikan kepada zuriat mereka.

Permintaan nabi ibrahim ini sudah tentu dalam ruang llingkup hukum alam yang normal. Ini kerana nabi Ibrahim sudah tentu akan mempunyai zuriat yag melata keseluruh pelusuk muka bumi ini.

Hukum alam telah manyaksikan bahawa di dunia ini akan tetap ada manusia yang baik dan manusia yang jahat. Iman dan kufur juga sedemikian rupa. Tidak akan berlaku dimana dunia ini dipenuhi oleh orang beriman sahaja, ia tidak akan berlaku kerana iman dan kufur akan tetap ada disepanjang masa didunia ini.

Mengikut Ibnu Asyur, nabi Ibrahim telah menamakan agama kepada zuriatnya sebagai Islam, namun demikian nama ini telah tidak digunakan di sepanjang sejarah, sehinggalah ia digunakan bagi menunjukkan kepada ajaran yang dibawakan oleh nabi Muhammad  saw.

** Berdoalah untuk menjadi orang yang sentiasa dalam iman dan Islam.

Jumaat
8 Zulhijjah 1440
9 Ogos 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Rujukan: Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *