*2.129.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 131*
إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ ۖ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ
131-(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!” Nabi Ibrahim menjawab: “Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.

Ayat ini merupakah sambungan bagi perbincangan ayat yang lepas. Ia menerangkan kesimpulan kepada kemuliaan nabi Ibrahim. Kesimpulan yang “jamie” dan “manie” iaitu pendek tetapi padat.

Sifat nabi Ibrahim digambarkan oleh Allah dalam ayat yang sangat pendek tetapi penuh pengertian.
Apabila tuhan bekata kepada nabi Ibrahim “aslim” maksudnya “tunduklah”. Nabi Ibrahim berkata “aku tunduk kepada tuhan sekelian alam”.

Seperti biasa, apabila melalui ayat seperti ini, para pembaca tidak boleh menggambarkan perkataan pada zahirnya, ini kerana bukan yang dikehendaki disini maksudnya yang zahir seperti yang disagkakan oleh sebahagian pembaca.

Ini kerana kata-kata Allah tidak dimaksudkan seperti kata-kata manusia yang memiliki suara dan didengar dengan telinga.
Kali ini penulis tidak merasakan adanya keperluan untuk menerangkan sekali lagi sifat Allah yang telah dibincangkan sebelum ini.

Apa yang perlu ialah, cuba sahaja bayangkan apabila kita membaca perbualan seperti ini. Tuhan berkata disatu pihak “tunduklah” nabi Ibrahim menjawab dipihak yang lain “aku tunduk kepada tuhan sekelian alam”.

Dialog seperti ini menggambarkan sikap nabi Ibrahim yang sentiasa menjadikan penyerahan dan ketundukan kepada Allah sebagai perinsip hidup baginda.

Perbulan seperti ini memberi kesimpulan kepada sejarah hidup nabi Ibrahim yang penuh dengan pengorbanan, sumbangan dan cita-cita tinggi yang telah diterang kan sebelum ini.

Oleh itu maksud “taat” yang dikehendaki disisni bukan sekadar taat dalam berkara yang melibatkan ibadat seperti solat, zikir dan puasa sahaja. Tetapi tunduk yang dimaksudkan disini melibatkan seluruh kehidupan nabi Ibrahim yang telah memperuntukkan perasaan, pemikiran, tenaga, harta, masa, keluarga dan seluruh kehidupan baginda demi tuhan sekelian alam.

Ayat al-Quran yang pendek ini juga telah menegaskan bahaawa kemuliaan yang di berikan oleh Allah kepada nabi Ibrahim bukanlah diberikan secara terpisah dari hukum “sebab musabbab” yang telah Allah jadikan sebagai ukuran bagi kehidupan di dunia ini.

Kemuliaan nabi Ibrahim datang dari nilaian iman dan amal baginda. Terhasil dari pengorbanan dan usaha gigih baginda yang di permudahkan oleh Allah.

Ayat yang pendek ini sekaligus menolak sangkaan sebahagian manusia yang mendakwa kemuliaan itu berlaku tanpa ada sebarang sumbangan, usaha dan pengorbanan. Hanya bergantung kepada faktor keturunan, kumpulan atau kedudukan semata-mata.

Ayat yang pendek ini sebenarnya telah membezakan nabi Ibrahim daripada sekumpulan manusia yang berkata kepada tuhan “samie’na wa ‘asaina” maksudnya kami dengar tetapi kami engkar.

** Iman dan amal itulah yang menjadikan manusia mulia disisi Allah.

Selasa
12 Zulhijjah 1440
13 Ogos 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Rujukan: Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *