*TADABBUR WAHYU SIRI 296*

*2.137.1 Tadabbur Surah al-Baqarah Ayat 139*
قُلْ أَتُحَاجُّونَنَا فِي اللَّهِ وَهُوَ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ وَلَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُخْلِصُونَ

139-Katakanlah (wahai Muhammad): “Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya ? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu, dan kami ikhlas kepadaNya;

Mengikut Ibnu Asyur ayat ini merupakan jawapan seterusya kepada keekeliruan yang telah berlaku ketika  Bani Israel berdepan dengan dakwah nabi saw.

Ayat ini menggunakan gaya dialog sepertimana ayat sebelum ini. Pertanyaan ini bukanlah satu soalan yang hakiki tetapi lebih kepada menunjukkan rasa pelik dan menolak sikap kaum yahudi tersebut.

Perkataan “atuhaajunana fillah”pada asalnya bermaksud “apakah kamu membantah kami tentang Allah”. Namun demikian makna sebenar ini perlu difahami dalam bentuk lain kerana Bani Israel tidak mempersoalkan nabi Muhammad dan dakwah baginda dari sudut kebenaran adanya Allah.

Ini kerana Bani Israel secara umumnya dan orang Yahudi secara khususnya telah beriman dengan adanya Allah. Apa yang mereka tolak dalam dakwah nabi Muhammad saw ialah mereka tidak dapat menerima perlantikan nabi Muhammad saw sebagai seorang rasul.

Penolakan ini sangat pelik kerana orang-orang Yahudi sepatutnya boleh menerima hakikat bahawa  Allah yang berhak  menentukan siapakah yang akan menjadi Rasul.
Oleh itu apabila telah jelas melalui bukit mukjizat ak-Quran, maka penolakan ini tidak sepatutnya berlaku lagi.

Ini kerana penolakan Yahudi ini tidak berasas sama sekali dan tidak ada sebarang hujjah yang menyokong mereka. Dengan itu tidak sepatutnya mereka berbuat demikian.

Mereka sepatutnya faham bahawa nikmat Allah tidak terhad keepada sesuatu kaum sahaja dan Allah bebas untuk membuat apa yang dia mahu.

Allah memuliakan siapa yang dia mahu berdasarkan kepada penilaian amal manusia. Oleh itu jika kamu telah dimuliakan kerana amalan kamu maka mungkin sahaja kami juga dimuliakan oleh Allah berdasarkan amalan kami.

Inilah yang dimaksudkan dalam ayat diatas “untuk kami amalan kami dan untuk kamu amalan kamu”.

Rangkap terakhir ayat ini pula mengatakan bahawa “dan kami ikhlas kepadanya” bermaksud jika kamu mendakwa kamu berhak mendapat kenabian maka kami lebih berhak berbanding kamu sebenarnya.

Ini kerana kami telah mengabdikan diri hanya kepada Allah dengan mensucikan tauhid kepadanya dan menjauhi sebarang syirik. Adapun kamu telah mencampurkan amalan kamu dengan mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain. Oleh itu kamu sudah tidak berhak mendapat kemuliaan dari Allah.

Perkataan ikhlas bukan bermaksud seseorang itu “berniat” untuk melakukan sesuatu tetapi “ikhlas”  bermaksud murni dan asli. Tauhid yang murni adalah tauhid yang tidak dicampukan dengan sebarang syirik kepada Allah  itulah maksud mengikhlaskan pengabdian kepada Allah.

Rabu
20 Zulhijjah 1440
21Ogos 2019
Ustaz Rosli Mokhtar

Rujukan: Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *